Mencari kebahagiaan itu seperti menangkap kupu-kupu

Dari Penulis

Suatu ketika, terdapat seorang pemuda di tepi telaga. Dia termenung. Tatapan matanya kosong, menatap hamparan air di depannya. Seluruh penjuru pandangan telah dilewati, namun tak ada satu pun titik yang membuatnya puas.

Keadaan sekeliling dirasakan senyap dan sunyi. Hanya unggas dan cengkerik sahaja sekali-skala berbunyi. Tiba-tiba, satu suara telah menyapa pemuda itu dari arah belakang.

“Apa yang sedang kau buat di sini, anak muda? Apa yang dirisaukan oleh mu?” sapa suara itu.

Ah, rupa-rupanya ia teguran daripada seorang lelaki tua. Sudah lama dia berada di situ dan memerhatikan gelagat anak muda tadi.

Anak muda itu menoleh dan berkata, “Aku sangat penat, wahai orang tua. Telah terlalu jauh jarak yang ku tempuh untuk mencari kebahagiaan, namun tak juga aku temui perasaan itu dalam diriku.

“Aku telah berjalan melewati gunung dan lembah, tapi tak ada tanda-tanda kebahagiaan akan hadir dalam diri ini. Ke mana lagi harus aku mencarinya? Bilakah akan aku temukan rasa kebahagiaan itu?”

Orang tua itu duduk semakin dekat, mendengar dengan penuh perhatian. Dipandangnya wajah pemuda di depannya. Lalu, dia berbicara, “Di depan sana ada sebuah taman. Jika kamu inginkan jawapan kepada persoalan yang engkau lontarkan tadi, tangkaplah seekor kupu-kupu untukku.”

Mereka saling berpandangan.

“Ya… tangkaplah seekor kupu-kupu dengan tanganmu,” jelas lelaki tua itu mengulangi kata-katanya.

Perlahan pemuda itu bangkit. Langkahnya menuju ke arah taman yang dimaksudkan. Tak berapa lama dia berjalan, pemuda itu menjumpai sebuah taman yang semarak dengan pohon dan bunga-bunga yang bermekaran. Cantik! Tak hairanlah, banyak kupu-kupu yang berterbangan di sana.

Orang tua itu hanya melihat dari jauh. Dia memerhatikan sahaja tingkah pemuda tersebut yang masih gelisah.

Tak berapa lama kemudian, anak muda itu mula mengatur langkah. Dengan lagak yang terhendap-hendap, dia menuju ke arah kupu-kupu yang sedang bertenggek di kelopak bunga sambil memekap tangan. Perlahan… perlahan… Hap!!

Namun, sasarannya lesap. Kupu-kupu itu berterbangan ke arah lain. Dia tak mahu kehilangan buruan. Dikejarnya sasaran itu ke kiri ke kanan. Hap! Happ!! Tetapi masih gagal.

Langkah pemuda itu mula tak tentu arah. Daripada lembut, gerakannya menjadi kasar. Pokok-pokok bunga dan tanaman habis dilanggar. Diterobosnya semak dan perdu semata-mata untuk mendapatkan sasarannya. Gerakan lelaki itu semakin liar.

Adegan itu terus berlangsung, namun belum ada seekor pun kupu-kupu yang berjaya ditangkap. Sang pemuda mulai keletihan. Nafasnya bergerak turun-naik dengan cepat. Sehinggalah akhirnya lelaki tua yang memerhatikan gelagatnya bersuara, “Hentikan dulu anak muda. Istirahatlah sebentar.”

Lelaki tua itu berjalan perlahan ke arah taman. Di sekelilingnya ada sekumpulan kupu-kupu yang sedang berterbangan. Sesekali ia hinggap di tubuh tua itu.

“Begitukah cara mu mengejar kebahagiaan? Berlari tak tentu arah? Melanggar dan menerobos tanpa peduli apa yang telah kau rosakkan? Begitu?” tanya lelaki tua itu sambil menatap wajah pemuda berkenaan.

“Nak, mencari kebahagiaan itu seperti menangkap kupu-kupu. Semakin kau liar, semakin ia akan menghindar. Semakin kau buru, semakin pula ia pergi dari diri mu.

“Namun, tangkaplah kupu-kupu itu dalam hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kau genggam, atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Telusur rasa itu dalam benakmu. Ia tak akan lari ke mana-mana. Bahkan, tanpa kau sedari, kebahagiaan itu sering datang sendiri.”

Lelaki tua itu kemudian mengangkat tangan. Lantas, seekor kupu-kupu yang berterbangan itu hinggap di hujung jarinya.

Terlihat kepak-kepak sayap kupu-kupu itu, memancarkan keindahan ciptaan Tuhan. Pesonanya begitu mengagumkan. Kelopak sayap yang mengalun perlahan, seperti kebahagiaan yang hadir dalam hati. Warnanya begitu indah, seindah kebahagiaan bagi mereka yang mampu menyelaminya.

___

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This