DENGAN hanya sekali lafaz, pelakon Puteri Aishah, 27 kini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 28, pada pukul 11.15 pagi tadi di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Ustaz Mohd. Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, Sulaiman Abd. Rahman.

Pada majlis itu, Puteri menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang. 

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. 

Puteri berkata, dia sudah lama menantikan saat ini dan berharap ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.

“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

“Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artis yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),” katanya. 

Menurut Puteri, dia mengakui FIrdaus memiliki ciri-ciri lelaki idamannya. 

“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga.  Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu. 

“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,” ujarnya. 

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih rekaan Rizman Ruzaini.

Dalam pada itu, majlis resepsi bagi meraikan pasangan bahagia ini akan diadakan di hotel yang sama pada malam ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram