MESKIPUN telah disediakan pelakon lagak aksi (stunt man) sewaktu melakonkan babak membakar diri, namun aktor Beto Kusyairy tetap ingin melakukan sendiri.
Malah, Beto turut berkongsi gambar saat badannya dipenuhi dengan api yang marak demi mahu merasai sendiri pengalaman tersebut.
“Penerbit sudah sediakan mereka yang arif dalam hal ini iaitu pelakon aksi lagak ngeri profesional untuk melakonkan watak saya.
โTetapi saya yang minta untuk melakukannya sendiri, kenapa? Adalah sebabnya,โ katanya.
Walau bagaimanapun, Beto atau Nurkusyairy Zakuan Osman, 41, enggan menjadikan aksi mendebarkan itu sebagai penanda aras sekaligus dikenali sebagai pelakon hebat.
Malah, akui Beto, sebelum dia yakin untuk melakukan aksi terbabit, dia sudah mempersiapkan diri dengan ilmu dan teknik untuk membakar diri.
“Ini bukan bermakna seorang pelakon memang kena buat babak yang berisiko tinggi sebegini sendiri untuk diangkat menjadi pelakon yang baik atau kononnya ‘real actor’.
“Saya ulang, ini bukan penanda aras dan tak perlu pun. Saya pun tak buat permintaan buta kosong.
“Nak kena ada ilmu dan faham teknik untuk aksi lagak begini. Nak kena ada pengawasan dan seliaan ketat oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini.
“Nak kena lulus ujian daripada pakar ini dulu sebelum dapat lampu hijau. Selain itu, kena ada keyakinan pada kemampuan diri dulu (bukan berani bodoh). Selainnya, adalah doa, fokus dan ketenangan,” ujarnya.
Difahamkan, lagak aksi itu merupakan sebahagian babak dalam drama Halimun.
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

