PENYANYI dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob yang menyertai program realiti Gegar Vaganza ke-8 (GV8) mengakui dia sudah bersedia akan segala kritikan dan kecaman yang bakal diterima daripada orang ramai.

Menurut laporan Media Hiburan, Fazley atau nama sebenar Ahmad Fadzli Yaakob turut berkongsi prestasi persembahannya pada minggu pertama yang di anggap kurang memberansangkan.

“Kecaman daripada netizen memang sudah di jangka dan saya tahu itulah perkara pertama saya perlu persiapkan diri bila bertanding di pentas GV8. Saya sedar, bila terlibat dalam program itu setiap apa perbuatan kita adalah ‘milik’ penonton 200 peratus.

“Jadi baik atau buruk semuanya akan dinilai. Pujian atau kejian semuanya akan dilemparkan. Namun sejurusnya persembahan itu, saya sendiri maklum tidak dapat buat dengan baik kerana perasaan gementar yang sangat kuat,” ujar penyanyi lagu Seribu Kemaafan ini.

Fazley,43, turut berkongsi bahawa dia mula rasa gemuruh setelah 10 tahun tidak membuat persembahan di atas pentas yang besar.

“Malah ketika sesi latihan pun rasa gemuruh. Bila malam persembahan tu rasa macam… ‘Masya-Allah sangat besar pentas ini’. Iyalah 10 tahun tak buat persembahan atas pentas bukan satu tempoh singkat.

“Menyanyi di ‘dinner show’ pun berbeza bila menyanyi di kaca TV. Apa pun, ini menjadi proses penambahbaikan buat saya. Saya anggap kritikan atau kecaman itu sebagai pembakar semangat. Saya suka untuk baca kecaman itu kerana ia tanda orang ambil peduli.

“Bila orang peduli atas apa yang kita buat, baik atau buruk maknanya kita masih mampu tarik minat orang untuk menilai. Itu jadi kekuatan pada saya,” kata Fazley positif.

Fazley yang menyanyikan lagu bertajuk Asmara Ini pada konsert pertama GV8, berkongsi meskipun perasaan gemuruhnya di atas pentas tidak hilang, namun dia berbangga akan kejayaan pertama menyanyi di atas pentas.

“Nak hilangkan rasa gementar tidak mudah. Tapi untuk saya pegang mikrofon dan menyanyi atas pentas itu sudah dianggap sebagai kejayaan pertama untuk saya.

“Memang sedikit terganggu sebab teringatkan anak-anak. Ramai juga ahli kelab peminat yang menangis melihat saya di atas pentas. Kata mereka berjaya juga.. sebab sudah lama mereka lihat saya di dapur,” katanya yang berazam mahu mempersembahkan nyanyian yang lebih baik pada konsert kedua GV8.

Selain Fazley, 12 bintang lagi yang berentap dalam musim Gegar Vaganza kali ini iaitu Aweera, Azan Scan, Shidee, Bandi Amuk, Alif Aziz, Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki, Upiak Isil, serta duo Saiful Apek dan Yassin dan kumpulan Nico.


Sedapnya daging bumbu sate ni. Jom cuba resipi yang mudah dan semestinya sedap ini. Sekali rasa pasti nak lagi.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging (potong nipis)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
1 cawan santan pekat
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan kacang tumbuk
2 helai daun limau purut
2 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:
20 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 sm halia
2 sm kunyit
3 sm lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras
10 tangkai cili merah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus daging sehingga lembut kemudian masukkan daging ke dalam mangkuk.
  2. Gaulkan dengan bahan kisar, rempah serbuk, santan, garam, gula, kerisik dan air asam jawa. Perap selama setengah jam.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan perap sehingga naik minyak. Kacau rata.
  4. Masukkan daun limau purut dan kacau rata. Taburkan kacang tumbuk. Hidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram