BAHARU sahaja menjalin percintaan hampir lapan bulan, Alif Muhaimin atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, mengakui hubungannya bersama bekas kekasih hati sudah berakhir minggu lalu.

Alif yang juga merupakan juara Hero Remaja 2018 terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh bekas kekasihnya, Sara, memutuskan hubungan secara tiba-tiba menerusi aplikasi Whatsapp.

“Kami putus hujung minggu lepas. Sedihnya, perpisahan kami cuma menerusi kiriman pesanan WhatsApp daripada Sara. Tak sempat nak bincang apa-apa.

“Jujurnya sangat terkejut dengan tindakannya sebab selama ini bukan main lagi cakap sayang gila dan seumpamanya.

“Tiba-tiba saya mendapat mesej. Katanya, dia sudah membuat keputusan yang tak boleh teruskan hubungan dan tidak boleh jadi kawan,” katanya memetik laporan mStar.

Niat Alif untuk berkahwin dengan kekasih tidak tercapai selepas hubungan cinta sudah berakhir

Apa yang lebih memilukan, jejaka yang berusia 27 tahun ini baru sahaja membuat pengumuman pada awal bulan ini kepada media bahawa dia ingin mendirikan rumah tangga bersama gadis itu yang dijangka berlangsung tahun hadapan

Tambah Alif lagi, dia mendoakan agar bekas kekasihnya itu dipertemukan dengan jodoh yang baik dan dia tidak mahu membuka aib bekas kekasihnya mahupun menggores hati mana-mana pihak.

“Harap lepas ini lelaki yang dia berkenan itu dapat jadi suami dan membimbingnya hingga ke jannah.

“Sakit macam mana pun, saya kena tukar persepsi, fikir bahawa Allah telah selamatkan saya. Ada hikmah, InshaAllah,” kongsi pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad.

Terbaru, pemuda yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor ini ditawarkan untuk membintangi watak utama bagi drama Sentuhan Jiwa, arahan pengarah terkenal tanah air iaitu Osman Ali.

Sumber: Mstar


Sedapnya daging bumbu sate ni. Jom cuba resipi yang mudah dan semestinya sedap ini. Sekali rasa pasti nak lagi.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging (potong nipis)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
1 cawan santan pekat
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan kacang tumbuk
2 helai daun limau purut
2 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:
20 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 sm halia
2 sm kunyit
3 sm lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras
10 tangkai cili merah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus daging sehingga lembut kemudian masukkan daging ke dalam mangkuk.
  2. Gaulkan dengan bahan kisar, rempah serbuk, santan, garam, gula, kerisik dan air asam jawa. Perap selama setengah jam.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan perap sehingga naik minyak. Kacau rata.
  4. Masukkan daun limau purut dan kacau rata. Taburkan kacang tumbuk. Hidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram