TANAMAN padi menjadi sumber bekalan makanan kepada penduduk negara. - Gambar hiasan

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memandang serius penglibatan warga asing dalam sektor penanaman padi termasuk tindakan sebilangan mereka mengubah tanah sawah kepada kebun sayur-sayuran yang lebih menguntungkan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata perbuatan sedemikian akan menyebabkan kawasan penanaman padi dalam negara berkurangan.

“Kita memandang serius penglibatan warga asing dan perkara ini telah pun kita laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab celahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) berhubung laporan media bahawa terdapat warga Bangladesh dan Rohingya yang mengusahakan tanaman padi dengan menyewa sawah daripada pemilik.

Seramai 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, pembangkang dan bebas mengambil bahagian dalam sesi perbahasan itu.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM3,281,428,300 yang diperuntuk kepada MAFI dalam Bajet 2022 dengan lebih suara menyokong.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram