Malaysia berharap kerjasama ASEAN basmi kemiskinan luar bandar diperkukuh – Abdul Rahman

Dari Penulis

MESYUARAT Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-12 telah diadakan hari ini secara adalam talian yang dipengerusikan oleh Filipina.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Menteri/ Timbalan Menteri yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan negara-negara ASEAN. dan malaysia diwakili oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Abdul Rahman berkata, Malaysia berharap kerjasama dalam bidang pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan dalam kalangan negara ASEAN akan terus diperkukuh pada masa akan datang dengan pelaksanaan aktiviti berimpak tinggi, termasuk dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan pihak swasta.

“Penekanan akan diberikan untuk memulihkan semula aktiviti ekonomi luar bandar yang terjejas teruk akibat langkah-langkah yang telah diambil untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19,” katanya menekankan mengenai peranan pembangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam memacu pembangunan luar bandar pasca pandemik.

Selain itu, katanya, perhatian juga akan diberikan untuk memperkukuh kepimpinan kampung serta pembangunan belia dan wanita luar bandar bagi meningkatkan keterlibatan dalam perancangan dan pembangunan kampung masing-masing.

Mesyuarat ini merupakan susulan daripada Mesyuarat Pegawai Kanan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-18 dan Mesyuarat Pegawai Kanan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Campur Tiga Ke-14 yang telah diadakan pada 23 dan 24 November 2021 yang lalu.

Tema mesyuarat pada kali ini ialah “Accelerating Recovery and Strengthening Resiliency of ASEAN for Sustainable Rural Development and Poverty Eradication” yang memberi penekanan kepada usaha-usaha bagi mempercepat pembangunan semula kawasan luar bandar dan peningkatan langkah-langkah pembasmian kemiskinan pasca COVID-19.

Mesyuarat ke-12 tersebut juga antara lain telah membincangkan mengenai Kerangka Pelan Tindakan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Tahun 2021 hingga 2025 dan pembangunan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ASEAN.

Mesyuarat Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-13 dijangka akan diadakan di Singapura pada tahun 2023. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This