BILA anda menggunakan komputer atau laptop, cuba perhatikan huruf pada papan kekunci (keyboard) di mana anda menaip segala patah perkataan.
Dari kiri ke kanan di bahagian atas, mengapa ia bermula dengan huruf Q,W,E,R,T, Y dan seterusnya.
Pernah tak anda terfikir mengapa huruf-hurufnya bercelaru? Kenapa tidak disusun mengikut turutan abjad seperti A, B, C, D E, F, G dan seterusnya?

Sebenarnya, ada sebab mengapa huruf-huruf pada keyboard itu disusun berselerak begitu.
Papan kekunci pertama kali digunakan untuk mesin taip pada tahun 1868 yang dicipta oleh Christopher Latham Sholes. Ketika itu, papan kekunci yang dicipta Christopher menggunakan susunan abjad ABCDE… dan bukannya QWERTYU… seperti hari ini.

Dengan susunan abjad yang betul, ia memudahkan para pengguna untuk mengetik papan kekunci pada mesin taip. Waktu itu, huruf-huruf pada papan kekunci itu menggunakan tangkai yang apabila ditekan, ia akan mencetak huruf tersebut pada kertas yang dimasukkan ke dalam mesin taip tersebut.
Oleh sebab minda para pengguna mesin taip memang sudah hafal susunan abjad ABCDEFG… maka kerja-kerja menaip jadi mudah dan cepat. Ia menjadikan jari orang yang menaip papan kekunci itu terlalu pantas, hingga membuat tangkai-tangkai huruf pada mesin itu saling berhimpitan dan membuatnya selalu tersekat. Dan masalah ini yang selalu menyebabkan kerja menaip jadi tergendala.

Kerana itu, seorang ilmuwan bernama E. Remington mencari idea bagaimana hendak melambatkan proses menaip, sekali gus cuba mengatasi masalah mesin taip yang selalu rosak angkara masalah tersebut.
Pada tahun 1873, Remington mencetuskan idea dengan memperkenalkan kombinasi huruf QWERTY…. Formula huruf ini pada papan kekunci dianggap sukar dan akan mengurangkan kelajuan tangan pengguna untuk menaip.
Ternyata formula Remington berjaya. Ia membuatkan pengguna agak lambat untuk menaip mengikut kombinasi baru itu, sekali gus mengurangkan kerosakan mesin taip ketika itu. Dan kombinasi itu terus kekal digunakan sehinggalah ke hari ini.
Begitulah kisah di sebalik permulaan huruf QWERTY… pada papan kekunci ini.

_______
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en
#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

