7,477 peserta Felcra Sarawak terima ‘durian runtuh’, peroleh keuntungan RM31.6 juta

Dari Penulis

SERAMAI 7,477 peserta FELCRA di Wilayah Sarawak menerima ‘durian runtuh’ menerusi agihan keuntungan FELCRA Berhad.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, agihan keuntungan berjumlah RM31.6 juta itu bagi tempoh Interim 1 dan 2 tahun 2021.

“Saya mengucapkan tahniah kepada FELCRA dan juga peserta khususnya di Wilayah Sarawak hari ini atas penerimaan keuntungan yang dikongsikan.

“Ini menandakan usaha-usaha pemulihan ekonomi terus dipergiatkan dan berada di landasan yan tepat di mana FELCRA berjaya menyalurkan agihan keuntungan
yang lebih tinggi kepada pesertanya.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Peserta FELCRA Wilayah Sarawak di Kota Samarahan hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPLB II, Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Awang, Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Mahdzir berkata, FELCRA akan terus memperkasakan kegiatan perladangannya bagi memastikan semua pesertanya mendapat manfaat yang maksima.

Berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), FELCRA Berhad mensasarkan untuk membuka lebih 1,000 hektar
ladang baru di seluruh Sarawak.

Ia sekaligus bakal mewujudkan peluang dan manfaat kepada hampir 700 orang Peserta baru dari Sarawak.

“Berpaksikan dua teras utama iaitu Menstruktur Semua Ekonomi Negara dan
Mempertingkat Infrastruktur secara Menyeluruh, Kementerian Pembangunan Luar Bandar menekankan pemerkasaan program sosio-ekonomi demi mewujudkan suasana kehidupan luar bandar yang lebih sejahtera”, tambah Mahdzir.

Kerajaan Persekutuan juga katanya, telah meluluskan peruntukan pembangunan ameniti sosial di Sarawak kepada FELCRA Berhad berjumlah RM1.77 juta.

Ia merangkumi projek bagi peruntukan tahun 2021 sebanyak RM770 ribu dan RM1.0 juta bagi tahun 2022.

“KPLB terus komited dalam melaksanakan projek infrastruktur jalan raya, bekalan air, elektrik, kemudahan pendidikan dan kesihatan, ameniti sosial serta capaian internet melalui agensi pelaksana seperti FELCRA dan agensi-agensi lain di bawah seliaannya.”

Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 100 pelajar golongan B40 serta bantuan bakul makanan kepada 100 keluarga FELCRA. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

HAWANA 2026: ‘Jangan sampai buang pekerja’, Fahmi tegaskan bantu syarikat media

HARI Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bersiaran langsung di lapangan Butterworth, Pulau Pinang, minggu lalu dihadiri pengamal media pelbagai cabang...

More Articles Like This