PELAKSANAAN saringan ujian COVID-19 di semua sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.
KPM dalam kenyataan menegaskan penggunaan kit ujian secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan dan tidak selaras dengan arahan melalui surat bertarikh 28 November lalu.
Jelas kementerian itu, pengurusan ujian kendiri COVID-19 bagi murid sekolah dilaksana mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.
“Selaras dengan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan, KPM pada 28 November telah mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi murid sekolah rendah yang dibuat secara penggiliran bagi sekurang-kurangnya 10 peratus murid.
“Berdasarkan surat siaran tersebut, pelaksanaan ujian kendiri ini hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan KPM.
“Pelaksanaan ujian kendiri ini dibuat oleh murid dengan pemantauan guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Saringan bergilir Covid-19 murid sekolah rendah setiap Rabu
Penjelasan itu merujuk kepada gambar yang tular dalam media sosial bertajuk ‘Di sebuah sekolah guru-guru menjalani latihan amali dengan swab pelajar’.
KPM memaklumkan telah membuat siasatan ke atas gambar yang tular itu dan mendapati ia melibatkan ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di Pahang.
“Secara keseluruhan, seramai 16 murid telah dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian air liur.
“Walau bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksana melibatkan empat guru dan empat murid yang dibimbing dua jururawat masyarakat,” jelas kementerian itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

