PENYANYI terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa,43, mengakui tidak begitu mengenali usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Dedah Rossa,43, dia hanya sempat bertemu sekali dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu ketika tayangan perdana filem Love Knots di Jakarta, baru-baru ini.
Jelas pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani itu, dia dan Iqbal hanya sempat untuk bergambar sahaja.
“Maaf siapa ya dia? Cuma, saya ingat ada seorang lelaki kata dia dari Malaysia dan mahu bergambar dengan saya…kami tidak berbual.
“Kebiasaannya kalau ada yang mahu ambil foto, saya pasti tidak akan menolak dan bersetuju.Tetapi saya memang tak tahu nama sebab situasi itu berjalan sangat pantas.
“Kami memang tak bercakap apa-apa sebab saya hanya melayani orang yang mahu bergambar dengan saya sebagai peminat,” katanya kepada URTV.
Rossa berkata demikian ketika ditemui pada sidang media bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Terlalu Berharap yang diadakan secara virtual sebentar tadi.
Terdahulu, Iqbal,27, pernah menyuarakan hasrat hatinya untuk cuba mengenali dengan lebih dekat penyanyi genit itu.
Sementara itu, Rossa memberitahu, meskipun sudah 12 tahun dia hidup menjanda, perkahwinan bukanlah menjadi keutamaannya namun terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa pun.
“Kalau nak berkenalan sekadar sahabat, saya okey sahaja…tiada masalah.
“Kalau bercakap soal jodoh, saya selesa untuk serahkan hal itu kepada Allah kerana dia lebih tahu.
“Sejujurnya, untuk berkahwin lagi itu bukan keutamaan lagi memandangkan saya sudah mempunyai anak. Andai satu hari nanti ada jodoh, pasti akan tiba masanya.
“Saya tak nafikan ada yang datang mendekati cuma saya tak berani nak kongsi sebab tak tahu sekukuh mana hubungan itu. Buat masa ini saya selesa hidup berdua dengan anak,” jelasnya.
Untuk rekod, Rossa yang pernah popular dengan lagu Pudar dan Ayat-Ayat Cinta mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo pada 2004. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan, 15.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

