SEBANYAK 3,504 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini yang juga hari kedua berturut-turut jangkitan harian di bawah angka 4,000.
Bagaimanapun jumlah kes hari ini sedikit tinggi berbanding semalam yang melaporkan 3,490 jangkitan.
Jumlah itu merupakan yang terendah dalam tempoh lebih 200 hari iaitu sejak awal Mei lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif kes COVID-19 kini sebanyak 2.695 juta.
“Pada 13 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,504 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,695,143 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.
Baca: 3,490 kes, terendah sejak awal Mei
Syarikat langgar SOP boleh dikompaun hingga RM1 juta selepas pindaan akta – Khairy
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Noor Hisham memaklumkan, kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 nasional kini berada pada nilai 0.95.
Sabah, Putrajaya, Kedah dan Sarawak mencatat Rt dibawah paras kebangsaan manakala Melaka tertinggi dengan 1.02.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

