Satu Malam, RM504 Juta…kuasa wang dalam bola sepak antarabangsa

Dari Penulis

SALAM semua, harap minggu anda semua setakat ini baik-baik sahaja. Peminat bola sepak liga Inggeris, pastikan anda menikmati perlawanan kelab masing-masing sebab kes Covid di sana makin mengancam. Peminat Spurs mungkin sudah bosan ketinggalan dengan banyak perlawanan. Korang mesti dengki tengok Arsenal seronok je bermain, jangan risau. Tuhan itu adil – bukan macam FIA atau UEFA.

Sis tahu selalunya hari Sabtu Sis akan mengajak korang menenangkan diri sebab hujung minggu kan? Tapi sebab Sis rasa dah lama Sis tak kritikal pasal bola sepak, untuk minggu ini Sis nak bercakap tentang satu benda yang mungkin dah lapuk tapi masih menjadi buah mulut kat Football Twitter; pemilikan kelab bola sepak.

Mungkin agak tak sesuai untuk Sis tulis pasal benda ni sekarang sebab Covid tengah teruk semula jadi macam tak bernas untuk sesiapa melabur tapi tak pa! Jom baca.

Kebanyakan peminat bola mungkin lebih suka untuk hanya ambil tahu tentang prestasi kelab kesukaan korang atas padang dan siapa masuk, siapa keluar, tanpa peduli untung ke tak untung sebab tak nak menyerabutkan benda yang korang minat. Tapi sebab Sis ni seorang yang suka betul nak merumitkan benda, Sis akan ceritakan pendapat Sis tentang isu ni.

Kepada yang tak tahu atau tak pernah nak ambil tahu, isu pemilikan dalam bola sepak ini dah lama dah sebenarnya menjadi stigma dalam komuniti dan industri bola sepak. Ada yang dapat pemilik yang okay tapi ada juga yang dapat otak fikir nak kaut untung je.

Tapi, kenapa bola sepak ni jadi tempat yang sesak dengan member-member Jeff Bezos ni?

Industri sukan ni dah dapat perhatian ramai pelabur dan orang-orang kaya yang takda kerja nak per habiskan duit. Pemasaran sukan ni sangat tinggi sebab nak dekat semua orang tengok sukan dan bila ditambahkan dengan penyokong yang setia, kelab-kelab sukan atau atlet-atlet ini dah membangunkan satu brand yang pemboleh pasaran dia menarik buat orang yang ada duit ni.

Berdasarkan satu kajian, banyak orang kaya suka nak menunjuk-nunjuk kekayaan dorang kat orang lain sebab untuk dorang, apa guna kalau ada duit tapi takda siapa tahu? Jadi pembelian kelab-kelab bola ni adalah salah satu cara dorang nak berlagak tentang betapa banyaknya duit dorang. Dia macam dorang flex tapi tak payah flex pun sebab nama kelab tu sendiri dah cukup gah untuk dorang berlagak.

Lagi satu bila korang tengok bola kat Astro ke BeIn ke, korang semua tahu bukannya free-free dorang siarkan perlawanan-perlawanan tu. Setiap syarikat siaran kena bayar macam yuran nak minta kebenaran daripada liga-liga tersebut untuk siarkan perlawanan tu semua. Pastu kalau rating tinggi, dua-dua penyiar dan liga akan dapat untung daripada berapa banyak orang tengok perlawanan tersebut.

Sebab tu lah si UEFA awal minggu ini nak dekat satu dunia tuduh dorang nak kaut duit masa Champions League draw tu. Ini mungkin kali terakhir dorang boleh mempergunakan Ronaldo lawan Messi untuk dapatkan untung dari tiket dan juga rating TV jadi konon-konon lah MU “ditakdirkan” lawan dengan PSG. Tahu tak purata harga untuk tengok satu perlawanan adalah $370+ (RM2075+) dan boleh mencecah sehingga $1000 (RM5608) ? Tu belum Final lagi.

Korang bayangkan kalau satu stadium boleh muat 30,000 orang, dah berapa banyak dorang untung? Kita rasanya kena jual rumah kot nak pergi satu match. Tu lah dorang tamak sangat tu sampai satu malam boleh untung paling rendah RM504 juta untuk satu stadium – mesti lah ada dividen dia kan tapi kalau dah bahagi-bahagi pun tetap berjuta jugak untung dia. Belum masuk untung dari TV lagi. Bayangkan betapa banyaknya duit pemilik-pemilik kelab ni? Itu baru satu perlawanan. Rasa macam nak marah pun ada.

Lagi satu kenapa kelab-kelab bola sepak ni jadi mangsa pelabur-pelabur ni adalah sebab dia sangat menguntungkan sebab betapa teruk pun prestasi kelab tu, tetap ada orang yang akan setia beli cenderamata rasmi kelab atau baju musim yang baru. Contoh macam Sis, dah dapat agak dah musim ni akan teruk sikit tapi sebab dah ada bajet, Sis beli juga Home kit yang harga dia RM299. Kat UK, bajunya £64.95.

Katakan lah ada 10 juta penyokong dia kat Malaysia ni, dia dah untung RM3 billion kat Malaysia sahaja tapi mesti lah kena dibahagikan dengan syarikat yang taja baju tu contoh Adidas, Nike dan lain-lain. Tapi masih banyak tau untung dorang? Kalau korang ada duit, takkan tak nak melabur kalau untung berjuta?

Tahun lepas masa tengah pandemik pun ahli Lembaga Manchester United – termasuk Sir Alex Ferguson untung £6.78 juta (RM38 juta). Bayangkan kalau sekarang penyokong dah masuk balik stadium, dah ada duit sebab ekonomi dah okay balik. Kita kalau dapat RM38 juta tu rasanya kita pencen terus kot.

Mungkin agak jahat lah jugak kalau kita asyik fikir dorang hanya nak kaut untung dari kelab-kelab kesayangan kita semua sebab setengah pelabur memang secara ikhlas nak tolong kelab tersebut. Kalau korang tengok dokumentari “Sunderland ‘till I die” korang akan faham betapa susahnya kerja pemilik yang betul-betul nak tolong kelab dia.

Owner Sunderland masa tu Stewart Donald. Walaupun niatnya memang nak membantu Sunderland ketika tempoh tu, usaha dia tak tertunjuk kat atas padang dan peminat terus fikir dia macam tak berusaha langsung. Jadi lepas 19 bulan, dia jual Sunderland sebab dia tak tahan dengan tekanan dari penyokong.

Bila difikirkan, sebenarnya ada bagus dia kalau orang-orang kaya ni beli kelab-kelab yang dah nak hancur lebur sebab takda duit tapi persoalan yang selalu diungkit oleh penyokong adalah sama ada pembelian kelab ini akan hancurkan ‘budaya’ atau pewarisan kelab tersebut.

Masalah terbesar kawan-kawan yang berduit kita ni adalah kadang-kadang dorang suka hati beli kelab tapi tak faham pun sukannya main macam mana. Tah-tah offside pun tak faham. Contoh macam Joel dan Avram Glazer, pemilik Manchester United atau Fenway Sports Group pemilik Liverpool. Bola sepak dah lah tak popular sangat kat Amerika Syarikat, pastu panggil “soccer” –  ini pun dah macam dosa besar.

Bila pemilik tak faham satu habuk tentang sukan sebuah kelab tu, mestilah dorang buat suka hati dorang je, fikir nak untung je. Tapi Sis rasa dorang ni ego. Dah tak pandai tu buat lah cara tak pandai. Orang kepala botak sepatutnya cerdik macam Pep Guardiola, Jeff Bezos. Ayah Sis pun botak elok je cerdik. Buat malu golongan botak je.

Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya ada cara yang bernas untuk sama ratakan perniagaan dan kejayaan kelab tu atas padang. Kalau ada duit, ada cara. Kalau boleh bayar gaji pemain sampai £300,000 seminggu takkan tak boleh bayar gaji Sporting Director yang £30,000 sebulan tu? Baru lah tak membazir duit.

Sis rasa paling sedih adalah zaman sekarang punya bola sepak memang teras dia adalah duit. Kalau tak ada duit, susah lah kamu seumur hidup. Walaupun liga-liga akan bagi duit kat kelab-kelab yang main dibawah dorang, ia tetap tak cukup nak bina satu skuad yang boleh bersaing dengan kelab-kelab yang kat atas.

Sebab tu penyokong Newcastle United Seronok masa Putera Arab Saudi, Mohammed Bin Salman beli kelab dorang – si member ni punya nilai adalah £13 billion, tak payah nak tukar kepada ringgit Malaysia. Dia memang kaya, itu je Sis boleh cakap. Newcastle United terus termasuk antara kelab Inggeris yang paling kaya kat England jadi kuasa dia dalam pasaran dah jadi tinggi dan dorang boleh buat apa sahaja dengan duit tu.

Hakikatnya, duit dah menjadi sebahagian besar semua benda dalam hidup ni, termasuklah sukan tercinta kita semua. Ekonomi dan trend perniagaan zaman sekarang dah menggali lubang yang dalam buat kelab-kelab bersejarah yang tak ada kelebihan kewangan dan akhirnya akan ditimbus sepenuhnya sebab tiada sokongan yang kukuh – bukannya dari peminat, tapi dari ekonomi.

Adakah kelab-kelab boleh hidup tanpa pelabur-pelabur ni? Tidak. Adakah mereka lagi besar dari kuasa penyokong? Tidak. Tapi adakah mereka penting untuk sebuah kelab? Ya.

Kita boleh lah nak berdebat tentang macam mana dorang nak kaut untung lah, buat kelab ada banyak hutang lah tapi hakikat zaman sekarang memang tertulis yang kita perlukan dorang. Nanti siapa nak bayar gaji pemain, staf semua? Mana nak cari duit nak beli pemain baru?

Tapi si orang-orang kaya ni jangan lah buat perangai sangat sampai dah 10 tahun tak jenguk apa jadi dengan kelab, fikir nak ambil duit je. Nanti jadi macam protes Glazers Out tu baru tahu. Sis harap sangat ada orang kaya macam Elon Musk ke apa ke beli Manchester United tu. Dah 2021 baru lah nak naik taraf Old Trafford. Nanti dah tak berkilat kepala korang kang.

Itu sahaja yang Sis nak kongsikan dengan korang minggu ini. Kalau ada sebarang pendapat boleh komen di bawah atau emel Sis di [email protected].

Jaga diri semua!

  • Penulis adalah Graduan Kewartawanan UiTM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kewujudan Parti Wawasan Negara, apa nasib Bersatu dalam PN?

ARENA politik negara tidak pernah sunyi dengan pelbagai jenis drama tidak kira di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Pergolakan yang...

More Articles Like This