PELAKON dan pelawak senior, Ebby Yus terpaksa berputih mata apabila rumah yang dibina di Kuala Langat, Selangor musnah dihanyutkan banjir, kelmarin (Sabtu).
Lebih pilu lagi, rumah yang masih dalam proses pembinaan itu berbaki 10 peratus lagi untuk disiapkan sepenuhnya.
“Rumah tersebut dibina sedikit demi sedikit menggunakan wang hasil kerja seni. Siapa sangka, binaan yang sebahagiannya batu dan kayu itu musnah dalam insiden banjir yang dahsyat.
“Sejujurnya rumah itu dah hampir nak siap…tinggal nak proses pemasangan kertas dinding (wallpaper) dan beberapa kemasan lain.
“Selepas itu saya ke Kapar, Klang untuk misi bantuan mangsa banjir. Ketika itulah, kontraktor telefon memaklumkan air mulai naik sehingga membuatkan keadaan rumah jadi senget.
“Saya reda dengan takdir Allah bila rummah impian saya sejak 30 tahun lalu ‘hilang’ sekelip mata,” katanya kepada URTV.
Ketika ditanya kerugian yang ditanggung akibat bencana itu, Ebby,56, memberitahu rumah yang dibina di atas tanah sendiri itu menelan belanja sekitar RM200,000.
Meskipun, mengambil masa empat tahun untuk kediaman dua tingkat itu dibina berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ebby bagaimanapun tetap bersyukur kerana dapat melihat proses tersebut biarpun terpaksa berdepan dengan masalah kontraktor.
“Sejam sebelum banjir, saya dan pembantu ada datang ke rummah untuk melihat sendiri pekerja kontrak membuat kerja.
“Rumah itu kerap bertukar kontraktor disebabkan masalah yang saya sendiri tak duga. Faktor itulah menyebabkan proses nak siapkan rumah sedikit lambat.
“Ditambah pula keadaan kesihatan saya sebelum ini tidak berapa baik selain PKP menjadikan siri pembinaan tergendala,” jelasnya yang ketika ini sudah 20 tahun menyewa di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

