Hannah Yeoh beri keutamaan tangani masalah banjir di ibu negara

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu Hannah Yeoh berhasrat untuk memberi keutamaan kepada usaha mengurangkan insiden banjir yang berlaku di sekitar ibu negara.

Ia merupakan satu di antara perkara yang disebut untuk diberikan tumpuan selain membaiki perkhidmatan asas kerajaan serta melindungi kawasan rekreasi.

“Sebagai Ahli Parlimen yang berpangkalan di Kuala Lumpur, saya memahami secara dekat cabaran, keperluan serta aspirasi warga Wilayah Persekutuan.

“Saya komited untuk terus melibatkan pemegang taruh melalui libat urus yang menyeluruh khasnya Ahli-Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kerana mereka mewakili suara rakyat yang perlu didengari dalam setiap proses pembuatan dasar.

“Keutamaan saya supaya Wilayah Persekutuan ditadbir dengan ketelusan dan kepekaan terhadap realiti hidup rakyat,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Baca artikel lain: Agong nasihat Jemaah Menteri bekerja demi rakyat

Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas tugas baharu di dalam Kabinet.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

“Sebelum ini, saya berpeluang berkhidmat bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengalaman tersebut telah membentuk kefahaman saya tentang nilai amanah, kepimpinan berteraskan kebajikan rakyat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MOSTI siasat cahaya terang di ruang udara Sabah, tiada serpihan ditemui

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang menjalankan pemantauan aktif susulan laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah...

More Articles Like This