KERAJAAN dan sektor perbankan akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan beban mangsa serta perniagaan terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan akibat bencana banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau amat bersimpati dengan kesengsaraan dan kepayahan mangsa banjir di beberapa negeri.
Menurut Perdana Menteri, antara inisiatif yang akan dilaksanakan kepada mangsa banjir termasuk bantuan bayaran balik seperti penangguhan atau pengurangan ansuran.
Kata beliau, ia melibatkan pinjaman perumahan dan hartanah; kenderaan; kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat bencana.
“Moratorium enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PM beri jaminan bekalan elektrik di kawasan banjir disambung segera
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, TEKUN Nasional turut mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk pinjaman pemulihan banjir pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan.
Katanya, bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan.
“Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk PMKS yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022.
“BNM juga sedang berusaha untuk menambah peruntukan ke atas DRF 2022 yang diumumkan baru-baru ini daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa.
“Kesemua inisiatif ini adalah lanjutan daripada bantuan kerajaan yang telah saya umumkan sebelum ini termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah bagi membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

