JANGKITAN COVID-19 seluruh negara kekal melebihi 3,500 kes hari ini buat hari kedua berturut-turut.
Bagaimanapun, jumlah tersebut turun sedikit sebanyak sembilan kes kepada 3,510 jangkitan hari ini.
Semalam, sebanyak 3,519 kes telah dilaporkan di seluruh negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kadar yang dilaporkan hari ini menyaksikan jumlah kumulatif kes telah pun mencecah 2.731 juta setakat ini.
“Pada 23 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,510 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,731,713 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kes COVID-19 naik semula, catat 3,519 jangkitan
Dalam hantaran berasingan, Dr. Noor Hisham turut berkongsi kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-naught (Rt) berdasarkan kes semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan, nilai Rt didapati meningkat semula kepada 0.91.
Namun begitu, semua negeri merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.00 dengan Terengganu mencatatkan nilai tertinggi iaitu 0.99.
Ia diikuti Johor yang mencatatkan 0.98 manakala Kuala Lumpur 0.95.
Sarawak terus merekodkan kebolehjangkitan terendah iaitu 0.76.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

