Cadangan bina Masjid Warisan di TRX pelengkap bandar moden beradab

Dari Penulis

PEMBINAAN Masjid Warisan di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) dilihat sebagai pelangkap kepada pembangunan bandar moden yang beradab, bertamadun dan seimbang serta berpaksikan nilai.

Demikian ditegaskan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil yang menegaskan sokongan institut itu terhadap cadangan pembinaan berkenaan.

Menurut beliau, dari sudut perundangan, cadangan pembinaan Masjid Warisan adalah selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam masa yang sama, Perlembagaan turut menjamin hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan damai.

“IKIM menegaskan bahawa sebarang pembangunan rumah ibadat hendaklah dilaksanakan mengikut lunas undang-undang serta proses yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, termasuk aspek perancangan bandar, penggunaan tanah, keselamatan awam, kelestarian dan kepentingan masyarakat setempat,” jelasnya.

Mohamed Azam berkata, pematuhan kepada kerangka perundangan dan prosedur yang berkuat kuasa merupakan manifestasi prinsip tadbir urus yang baik.

Katanya, masjid bukan sekadar tempat ibadah tetapi sebagai institusi ilmu, pembinaan akhlak dan penyatuan masyarakat.

“Kehadirannya di TRX berpotensi melambangkan keseimbangan antara pembangunan material dan rohani dalam pembangunan negara.

“Sehubungan itu, IKIM berharap agar projek ini dilaksanakan secara telus, berhemah dan bertanggungjawab.

“Semua pihak diseru agar membincangkan isu ini secara matang, berfakta serta menghormati proses undang-undang dan semangat Perlembagaan Persekutuan demi memelihara keharmonian negara,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pembinaan Masjid Warisan akan diteruskan seperti dirancang.

Jelas beliau, projek itu sudah lama dirangka dan akan dilaksanakan bagi memperkukuh peranan institusi masjid sebagai pusat keharmonian masyarakat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

RUU Persaingan (Pindaan) 2026 dibaca buat kali kedua di Parlimen

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali hari ini telah membentangkan Bacaan Kali Kedua...

More Articles Like This