Boom Bada Boom kisah garis masa Pak Pandir

Dari Penulis

PENYANYI Erul Omar yang merupakan bekas finalis program Lagu Cinta Kita (LCK) musim pertama kini tampil dengan single pop berjudul Boom Bada Boom.

Karya ciptaan komposer Shazee Ishak dan Audi Mok itu mengisahkan tentang Pak Pandir yang menjadi sebagai pengembara masa dan menyaksikan sendiri perubahan yang berlaku di kampung seiring perjalanannya.

Siapa sangka menerusi program itu jugalah Erul bertemu jodoh dan berkahwin dengan isterinya, Naufa yang juga salah seorang peserta LCK musim pertama.

Lebih menarik lagi, Boom Bada Boom turut dipilih menjadi lagu runut bunyi (OST) drama Mr. Millenium yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Diandra.

Drama lakonan Aqasha sebagai Jammil dan Christina Suzanne (Mastora) itu menceritakan tentang kehidupan sederhana di sebuah kampung di zaman 60-an dan tidak dikurniakan anak.

Namun kehidupan mereka tetap bahagia. Jamil seorang yang kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi di masa hadapan.

Satu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari peminat tegar ke rakan sepentas! Insomniacks cipta sejarah buka tirai konsert 5SOS di Malaysia

IMPIAN sedekad yang selama ini hanya tersemat di dada akhirnya terungkai dengan penuh gemilang!  Kumpulan pop-rock tempatan kegilaan ramai, Insomniacks,...

More Articles Like This