MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama-sama 200 sukarelawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil langkah proaktif membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan Bukit Changgang, Banting hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Mohd. Azhari Mohammad berkata, program gerak kerja pasca banjir KBS itu turut disertai Shapadu Thermomix bagi membersihkan Sekolah Rendah Islam Integrasi At-Taqwa, Kampung Bukit Changgang.
Beliau turut berbesar hati apabila Shapadu Thermomix menyediakan makanan dan minuman kepada semua sukarelawan yang terlibat.
Selain membersihkan sekolah tersebut, Mohd. Azhari berkata, Ahmad Faizal bersama-sama pasukan sukarelawan turut membantu beberapa rumah yang terjejas sekitar kawasan berkenaan.
“Alhamdulillah, hampir 200 sukarelawan daripada pelbagai agensi di bawah KBS serta institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam; Kolej Komuniti Kuala Langat; Politeknik Banting; Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) turut serta dalam program ini.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Shapadu Thermomix ganding bahu bantu mangsa banjir
“Kita telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja pembersihan Sekolah Rendah Islam Integrasi At-Taqwa bermula pukul 9 pagi tadi hingga selesai kira-kira pukul 3 petang,” katanya kepada UtusanTV, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Azhari berkata, KBS akan meneruskan gerak kerja pasca banjir itu di Hulu Langat, esok.
Kata beliau, peserta akan mula berkumpul di IKBN Dusun Tua pada pukul 8 pagi dengan tumpuan untuk membersihkan kawasan tersebut sebelum memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir lain.
“Kita akan buat gerak kerja sebegini tetapi dengan angka penyertaan lebih ramai bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

