Hijrahkan Laguku Solidariti tanda prihatin mangsa banjir

Dari Penulis

PEKA dan prihatin dengan situasi bencana banjir yang dihadapi sebahagian penduduk di negara ini, program Hijrahkan Laguku yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu lalu digantikan dengan Episod Khas Hijrahkan Laguku Solidariti di TV Alhijrah.

Program yang memasuki minggu keenam itu mengambil langkah merehatkan seketika barisan artis yang bertanding bagi menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda musibah banjir yang berlaku baru-baru ini.

Siaran khas itu dijayakan oleh Lah Ahmad, kumpulan Zayne, Daqmie, Zack Kool, Rahmad Mega, Ustaz Zarifi Daud, Suffian Amrin dan Ustaz Fazrul.

Menerusi program Hijrahkan Laguku Solidariti diharap mampu memberi semangat dan motivasi baharu kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan banjir khususnya dan dapat menyingkap hikmah di sebalik ujian yang menimpa rakyat Malaysia.

Selain itu, ia turut menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda musibah banjir serta dapat memberikan ibrah kepada penonton atas setiap kisah misi kemanusiaan artis-artis Hijrahkan Laguku. 

Sekaligus dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Don dari tanah haram, Mekah yang diaminkan oleh penonton TV Alhijrah.

Malah, pada malam tersebut turut menampilkan tetamu jemputan seperti Datuk Ustaz Kazim Elias selaku penceramah, Furqan Fawwaz ( Qari) ,Ustaz Fazrul Ismail (Pentadabbur) manakala Faizal Ismail selaku pengacara bersama Ustaz Zarifi Daud.

Apa yang menariknya , konsep pada malam itu bukan sahaja berhibur tetapi dapat mengupas sedikit sebanyak  berkenaan banjir yang melanda Malaysia. 

Barisan artis jemputan menyanyikan lagu serta diselitkan dengan bacaan kitab suci Al-Quran bersama tadabbur terjemahannya.

Manakala penceramah jemputan turut memberikan ibrah daripada setiap kisah artis kemanusiaan Hijrahkan Laguku yang diceritakan secara live melalui aplikasi Google Meet.

Episod ke tujuh program Hijrahkan Laguku yang akan berlangsung pada Sabtu ini bakal memperlihatkan enam orang bintang berentap di pentas separuh akhir.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This