Long Tiger rancang lari ke Thailand atau Indonesia

Dari Penulis

KALAU bukan Thailand, Indonesia.

Itu destinasi pilihan Long Tiger setelah meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkap, 15 Disember lalu.

Perancangan jahat lelaki warga Myanmar itu dibantu beberapa lelaki rakyat tempatan dari saat dia bolos sehinggalah dia ditahan di sebuah rumah di Jalan Kuala Ketil, Kedah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua lagi suspek yang membantu Long Tiger atau nama sebenar Abd Hamim Ab Hamid, 33, ditahan di Batu Pahat malam tadi.

Kata Ayob, beliau tidak menolak akan ada lagi tangkapan setelah siasatan selanjutnya dijalankan.

“Dua lelaki itu berusia 36 dan 38 tahun antara jam 7.25 malam hingga 3 pagi tadi.

“Mereka dipercayai membantu suspek dengan memotong gari selain membeli kad sim sebelum melarikan diri ke utara negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Baca: Long Tiger dan tiga rakan direman empat hari

[VIDEO] Long Tiger ditahan di rumah pondan, cuba lari dengan memanjat bumbung

Menurut Ayob, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan Polis Johor membuat laporan polis susulan tersebarnya gambar suspek yang ditahan dalam operasi semalam.

Katanya, penularan gambar tersebut boleh menganggu siasatan dan operasi polis.

“Polis Johor pandang serius akan hal ini dan tindakan tegas akan diambil,” tegasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This