Positif Covid-19 tahap tiga, Aliff Syukri mohon maaf risau umur tak panjang

Dari Penulis

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi khabar duka apabila dirinya disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari bercuti di Turki.

Aliff yang juga penyanyi lagu Bobo Di Mana yang ketika ini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara memohon orang ramai mendoakan kesihatannya.

“Kepada semua sahabat atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak, maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, termakan sengaja atau pun tidak.

“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah.

“Rasa lega sudah mohon maaf pada semua, takut-takut umur saya tidak panjang,” tulis Aliff di Instagramnya.

Kongsi Aliff lagi, wabak maut itu sudah menyerang sehingga ke bahagian paru-parunya dan berada pada tahap ketiga.

“Doakan saya cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid tahap tiga melibatkan paru-paru saya. Saya telah ditahan di wad hospital untuk rawatan rapi. Doa kalian amat saya hargai.

“Saya rindu isteri, anak-anak dan ibu saya,” katanya.

Terdahulu, Aliff bersama isteri, Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid, ibunya, Rozita Ibrahim dan anak-anak bercuti ke Turki minggu lalu dan dimasukkan ke hospital sejak semalam.

Manakala, ahli keluarganya yang lain sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This