Jeli, Kuantan dan Kemaman di tahap bahaya, hujan dijangka cecah 150 mm sehari

Dari Penulis

AWAS. Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) tengah hari ini mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya / merah melibatkan jajahan Jeli, Kelantan dan Kuantan serta Kemaman.

Menurut kenyataan jabatan itu, amaran hujan berterusan bahaya itu dikeluarkan sehingga esok.

Berdasarkan perincian yang diberikan, jumlah hujan lebat yang dijangka berlaku adalah melebihi 150 milimiter (mm) dalam tempoh 24 jam.

Sebagai perbandingan, jumlah 150 mm itu hampir bersamaan purata hujan dalam tempoh sebulan.

Pada masa sama sama, empat lagi jajahan di Kelantan diberikan amaran hujan lebat beterusan tahap buruk sehingga Sabtu melibatkan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Amaran cuaca buruk yang dikeluarkan MetMalaysia tengah hari ini.

Amaran cuaca yang sama turut melibatkan Hulu Perak serta tiga daerah di Terengganu dan empat daerah di Pahang.

Baca: Bantuan Banjir Keluarga Malaysia libat nilai keseluruhan RM1.4 bilion

Banjir tahun baharu, penduduk empat negeri diminta bersiap sedia

Daerah berkenaan ialah Besut, Hulu Terengganu dan Dungun serta Jerantut, Maran dan Pekan.

Sementara itu, hampir keseluruhan negeri-negeri di pantai timur, Johor, Kedah, Perak dan sebahagian negeri Sabah pula berdepan amaran cuaca waspada iaitu hujan berterusan.

Amaran itu dikeluarkan sehingga Ahad manakala di Sabah sehingga Isnin.

Berikut perincian kategori amaran:

Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam.

Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh 6 jam.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This