Daiyan Trisha sembuh Covid-19, lega orang ramai tidak lagi skeptikal

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon jelita, Daiyan Trisha kembali aktif di dalam dunia seni selepas disahkan sembuh daripada jangkitan wabak Covid-19.

Pada 4 Disember lalu, Daiyan berkongsi berita duka di laman Instagram apabila dirinya disahkan positif wabak berkenaan selepas menjadi kontak rapat kepada beberapa krus produksi drama yang merupakan pesakit Covid-19.

Pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasarudin atau mesra disapa Daiyan ini, menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 10 hari turut berkongsi gejala ringan yang dialami sepanjang disahkan positif wabak maut itu.

“Simptom saya hanya ringan, tidak terasa sangat. Ketika menjalani kuarantin selama 10 hari, hari ketiga paling banyak gejala dialami, tetapi ia berkurangan beberapa hari kemudian.

“Alhamdulillah, saya tidak hilang deria rasa dan bau, cuma sakit tekak, migrain dan sebagainya.

“Selepas negatif, saya cepat mengantuk dan rasa dahaga. Tetapi, saya diberitahu dalam tempoh dua tiga minggu adalah proses pemulihan. Namun, saya sudah kena bekerja, jadi, saya hadapi sahaja,” ujarnya menerusi laporan berita BH Online.

Malah, pelantun lagu ‘Penat’ ini turut menzahirkan kelegaan dengan penerimaan orang ramai terhadap bekas pesakit Covid-19 serta berkongsi bahawa pengambilan vaksin membantu dalam mengurangkan gejala yang teruk.

“Dahulu, mungkin ramai skeptikal sebab tak ramai lagi terkena jangkitan. Namun, sekarang berbeza apabila ramai sudah melaluinya dan mereka bersikap lebih terbuka.

“Sebenarnya, ramai kawan industri menghantar mesej mereka juga dijangkiti COVID-19 ketika berkongsi keadaan saya. Ia seperti satu perkara yang normal, jadi, saya tak terkejut sekiranya ada terkena lagi.

“Namun, Alhamdulillah, saya sudah vaksin dan sangat membantu. Ia mengurangkan simptom teruk.

“Cuma apabila pernah dijangkiti, tahap keseriusan sangat rendah, jadi kita tak boleh dijangkiti atau menjangkiti lagi,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This