Ardhito Pramono ditahan polis kerana miliki ganja

Dari Penulis

TULAR di media sosial, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Ardhito Pramono, 27, ditahan polis kerana memiliki dadah.

Menerusi tangkapan itu, polis menemui dadah yang disimpan di rumahnya yang terletak di daerah Jakart Timur, Indonesia.

Menurut laporan Detik News, polis telah menemui dua bukti dalam penangkapan iaitu memiliki dadah jenis ganja dan ujian air kencing.

“Yang pasti, dua alat bukti sudah mencukupi untuk melakukan penangkapan ini. Barang bukti tersebut adalah ganja dan ujian air kencing terhadap pelakon itu,” kata polis Metro Jakarta.

Pelakon yang popular menerusi filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini ditangkap polis pada petang Rabu lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini maklumat lanjut mengenai penangkapan pelakon itu tidak dapat diketahui kerana ia masih dalam siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This