Jason Momoa sahkan sudah bercerai dengan Lisa Bonet

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BINTANG filem Aquaman iaitu Jason Momoa mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan isterinya yang juga aktres Lisa Bonet selepas 16 tahun hidup bersama.

Khabar perpisahan berkenaan dikongsikan sendiri Momoa, 42, menerusi entri di Instagram miliknya, @prideofgypsies.

Momoa berkata kehidupannya bersama isteri sama seperti orang lain dan tidak terlepas dengan perubahan.

“Semua orang berdepan dengan pelbagai perubahan dalam tempoh masa penuh dugaan ini.

“Keluarga kami juga tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai perubahan itu.

“Jadi, kami ingin kongsikan berita bahawa perkahwinan kami kini telah sampai di penghujungnya,” tulis Momoa.

 Walau bagimanapun, Momoa bertindak menutup ruangan komen pada hantaran terbabit.

Sementara itu, Momoa memberitahu rasa cinta antara mereka tetap akan kekal dengan cara berbeza untuk dirasai bersama.

“Kami berkongsi berita ini kerana berasakan ada nilai berita untuk semua. Cinta antara kami akan berterusan tetapi ia berkembang dengan cara lain dan akan kekal hidup.

“Kami bebaskan antara satu sama lain demi menjadi diri sendiri,” tuturnya. 

Untuk info, Momoa berkenalan dengan Bonet, 54, pada 2005 dan berkahwin pada penghujung 2017. 

Hasil hidup bersama, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This