Jason Mamoa dan Lisa Bonet umum telah bercerai secara rasmi

Dari Penulis

PASANGAN selebriti Lisa Bonet, 56, dan Jason Mamoa, 44, telah secara rasmi bercerai selepas sehari Lisa memfailkan perceraian kepada bintang Aquaman itu pada Isnin di mahkamah Daerah Los Angeles.

Memetik laporan ET, dokumen mahkamah yang diperoleh menunjukkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk berpisah selain akan berkongsi hak penjagaan dua cahaya mata mereka iaitu Lola Iolani, 16, dan Nakoa-Wolf, 15.

Sementara itu, pemfailan mengatakan kedua-dua pihak tidak akan mendapatkan sokongan kewangan serta turut bersetuju mengenai tuntutan bagi membahagikan aset bersama mereka.

Terdahulu, Lisa atau nama sebenarnya Lilakoi Moon dan Jason atau nama penuhnya Jason Namakaeha Momoa telah mengumumkan perpisahan mereka pada 2020 sebelum memfailkan perceraian secara rasmi pada tahun ini.

Pasangan ini mula bercinta pada 2005 dan berkahwin pada 2007.

Ia adalah perkahwinan pertama untuk Jason dan yang kedua untuk Lisa, yang sebelum ini berkahwin dengan pemuzik Lenny Kravitz dan mempunyai seorang anak perempuan, pelakon Zoë Kravitz.

Jason terkenal dengan wataknya dalam filem Aquaman dan di Game of Thrones manakala Lisa ialah bintang dalam The Cosby Show, A Different World, dan filem High Fidelity and Enemy of the State.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This