Pesan UNKNOWN jangan terus tenggelam dengan kesedihan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BUAT  julung kalinya Ace Talents dengan kerjasama dinamiknya bersama Universal Music Malaysia bergabung tenaga bagi memperkenalkan single kedua boyband yang dikenali sebagai UNKNOWN iaitu berjudul Tersakiti.

Dianggotai lima anak muda berbakat besar terdiri daripada Momo, Haf, Zaq, Ameer dan Izmeer ditubuhkan melalui sesi ujibakat kelolaan Ace Talents yang telah melalui pelbagai proses latihan, usaha sama dan suai-kenal sehinggalah terlahirnya single pertama mereka berjudul Jangan Marah (Baby Sayang)’ yang melonjak viral di laman sosial TikTok dengan hampir 300 ribu tanda suka.

“Alhamdulillah, setelah penerimaan luar jangkaan daripada peminat terhadap single pertama kami berjudul Jangan Marah (Baby Sayang), UNKNOWN semakin dikenali terutamanya di laman sosial. Kini, kami ingin meneruskan kejayaan tersebut dengan single kedua berjudul Tersakiti.

“Lagu ini dicipta oleh saya sendiri bersama Haf, dan idea disebalik lagu ini diinspirasikan daripada lagu Korea yang menjadi kegilaan remaja masa kini.

“Ia menceritakan tentang kisah percintaan remaja yang banyak onak dan duri. Tersakiti bermaksud memberi pesan buat mereka yang sedang merasa ‘sakit’ atau ‘pedih’ di dalam jiwa yang diolah bentuk menjadi sebuah lagu,” terang Momo.

Lagu yang berdurasi 3:51 minit dalam nuansa hip hop dan elemen RNB itu dimulai dengan intro yang perlahan namun menggamit perasaan kemudiannya diselitkan dengan tutur kata rap oleh Haf yang penuh bertenaga serta diwarnai dengan korusnya yang pasti membuai jiwa.

“Proses rakaman yang bertempat di Studio Platinum mengambil masa selama sehari saja, manakala seminggu lagi diperuntukkan untuk proses penambahbaikan serta mastering.

“Sewaktu proses rakaman sedang berlangsung, kami bekerjasama membentangkan idea dan pendapat masing-masing untuk mewarnai karya tersebut. Banyak yang dipelajari selain dapat mengeratkan hubungan sesama kami secara kolektif, ” kata Haf.

Video muzik (MV) yang bakal ditayangkan serentak telah melalui proses penggambaran di beberapa lokasi sekitar Putrajaya, Subang Jaya serta Shah Alam dengan menampilkan jalan cerita serta koreografi tarian yang menarik.

“Jalan cerita MV Tersakiti mengisahkan tentang seorang lelaki yang mempunyai kawan baik perempuan yang sedang mengalami tekanan dan kesedihan selepas ditinggalkan teman lelakinya.

“Lelaki tersebut berkali-kali memberi pesanan agar kawan baiknya itu tidak terus ditenggelami kesedihan dan kesakitan yang dialami,” jelas Zaq.

Walaupun masih baharu, UNKNOWN sudah pun berjaya mendapat tempat di hati para pendengar, single pertama Jangan Marah (Baby Sayang) juga berjaya mendapat perhatian pendengar dari seberang kerana melodinya yang catchy.

“Kami masih lagi dalam fasa mencuba pelbagai genre dan sedang mencari ‘signature’ bunyi UNKWON, apa yang kami cuba tonjolkan adalah sesuatu yang segar, sedikit ‘gila-gila’ dan baru.

“Setiap daripada kami mempunyai watak yang berbeza, Momo seorang yang genius, Haf sentiasa dengan peribadinya yang ‘cool’, Zaq pula sangat berbakat, Izmeer ada sifat yang melankolik, dan saya pula suka membuat orang tertawa,”kongsi Ameer.

Perjalanan UNKNOWN masih lagi jauh, dan anak-anak muda ini sudah pun menunjukkan dedikasi dan minat dalam bidang muzik.

“Berilah kami peluang menonjolkan bakat dalam mewarnai industri muzik Malaysia sebagai pelapis generasi baru.

“Kami berharap agar ramai yang dapat menerima lagu Tersakiti, setiap komen positif mahupun negatif yang kami terima, mempertingkatkan mutu muzik yang kami persembahkan. sangat dihargai dalam

“Akhir sekali, buat sesiapa yang mendengar lagu Tersakiti, bukalah mata dan jiwa anda agar memahami situasi orang sekeliling yang sedang mengalami masalah jiwa, bukan saja dalam percintaan, tetapi dalam kehidupan seharian,” akhiri Izmeer.

Lagu Tersakiti boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Ace Talents.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Kalaulah suami saya masih hidup”… Laila Nasir sebak terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon senior Laila Nasir, 55, apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun Lalu dalam...

More Articles Like This