Jenazah Ali Semboyan selamat dikebumikan

Dari Penulis

JENAZAH aktivis pengguna, Ali Salimin atau lebih dikenali sebagai Abang Ali Semboyan selamat dikebumikan kira-kira pukul 8 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Segambut.

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Yusuf Azmi dalam kemaskini terbaharunya di Facebook mengatakan pemergian Ali amat dicemburui kerana ramai yang hadir mengiringi perjalanan terakhirnya.

“MasyaAllah dengan kehendakNya dan izinNya, begitu ramai orang mendoakan sahabat Allahyarham Abg Ali,” katanya dalam hantaran Facebook sebentar tadi.

Ujarnya orang ramai memenuhi ruangan Masjid Al-Azim, Pandan Indah, selepas Subuh hari ini untuk hadir bersama-sama solat jenazah.

“Ramai yang menyolatkan jenazah dan ramai juga yang mengiringi jenazah ke perkuburan. Allahuakbar! Cemburu saya, bila orang yang baik-baik datang ziarah dan beri penghormatan,” katanya.

Ali dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Pagoh semalam.

Motosikal ditunggangnya dikatakan terbabas ke bahu jalan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This