Bersatu Johor bincang persiapan hadapi PRN masa terdekat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan secara terperinci persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, mesyuarat Bersatu Johor pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua-Ketua Bersatu Bahagian dan jentera pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, mesyuarat itu akan membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuk persiapan dan persediaan jentera bagi menghadapi PRN Johor.

Selain itu, kata Dr. Sahruddin, pertemuan dan perbincangan bersama Pas dan Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) selaku komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Johor juga akan diadakan bagi tujuan sama.

“Bersatu Johor akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci bersama Ketua-Ketua Bersatu Bahagian dan jentera pilihan raya negeri.

“Mesyuarat ini akan membincangkan beberapa perkara berkaitan temrasuklah persiapan dan persediaan jentera bagi menghadapi PRN Johor dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Sah Johor bakal adakan PRN, Sultan Ibrahim perkenan bubar DUN

Mengulas lanjut, Dr. Sahruddin berkata, Bersatu juga menjunjung kasih dan mengambil maklum pembubaran DUN yang telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memberi laluan PRN diadakan.

“Sebagai sebuah parti berdaftar, Bersatu Johor sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara dan amalan demokrasi serta menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Bersatu Johor sentiasa meletakkan soal kemaslahatan negeri dan rakyat sebagai keutamaan sekali gus akan terus memberikan khidmat demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Johor,” jelas beliau.

Sultan Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN untuk memberi laluan kepada PRN, semalam.

Sultan Ibrahim sebelum itu berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada pukul 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Pada pertemuan bersama Sultan Ibrahim, Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This