Ahmad Zahid akur keputusan mahkamah

Dari Penulis

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang memerintahkannya membela diri atas 47 tuduhan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram berhubung dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Ahmad Zahid, 69, berkata secara peribadi beliau akur dengan perintah yang diputuskan mahkamah kerana itu adalah hak mutlak hakim.

“Pasukan guaman saya akan meneruskan guaman ini (kes ini) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah tadi. Tarikh-tarikh (bicara bela diri) telah ditetapkan dan tentunya keakuran ini berdasarkan kepada sistem perundangan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan yang dihadapinya, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada pukul 9.03 pagi dan beredar pada 10.45 pagi.

Baca artikel berkaitan: Mahkamah arah Ahmad Zahid bela diri 47 pertuduhan

Hampir 100 penyokong Presiden UMNO itu dilihat berkumpul di pekarangan mahkamah sejak 7.30 pagi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, yang dimilikinya selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari tempat saksi dan pendakwaan berpeluang menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This