Dua remaja 13 tahun antara 5,200 penagih, tokan dadah ditangkap – Ayob Khan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA remaja berusia 13 tahun merupakan antara 5,200 penagih serta tokan dadah yang berjaya ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Tapis Khas di seluruh negara antara Jumaat hingga Ahad lalu.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, polis turut berjaya menangkap 201 orang yang dikehendaki atas pelabgai kesalahan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Op Tapis Khas yang dijalankan 2,696 pegawai JSJN Bukit Aman dan semua kontinjen itu turut berjaya merampas 212.6 kilogram dan 1,199.2 liter pelbagai jenis dadah.

Menurut beliau, jumlah rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM3.58 juta.

Ayob Khan berkata, JSJN turut berjaya memberkas 942 tokan dadah dan 2,893 penagih termasuk 129 warga asing di 367 sarang penagihan seluruh negara.

“Kesemua suspek yang ditangkap terdiri daripada 4,987 lelaki dan 213 wanita atas pelbagai kesalahan dadah.

“Kita juga memberkas dua remaja berusia 13 tahun dan 74 lagi antara usia 14 hingga 18 tahun.

“Sarang penagihan paling banyak diserbu adalah di Selangor iaitu 69 lokasi diikuti 57 di Sabah,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJ), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan sidang media di Bukit Aman, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Polis akan siasat dakwaan ADUN DAP minumannya dicampur dadah sebelum ditangkap – Ayob Khan

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, kesemua suspek yang ditangkap disiasat di bawah pelbagai seksyen Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 termasuk Seksyen 39B yang membawa kepada hukuman gantung jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, kata beliau, polis turut merampas sepucuk pistol beserta tiga butir peluru dan dua senapang buatan sendiri di Sarawak dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, JSJN turut menyita pelbagai aset sindiket dianggarkan bernilai RM2.39 juta.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta adalah RM5.98 juta.

“Setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, kita bersetuju supaya Op Tapis Khas ini dilancarkan sebulan sekali di semua kontinjen.

“Program Jihad Dadah juga kita laksanakan supaya impak dalam membanteras ancaman dadah dalam kalangan masyarakat lebih berkesan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This