Kilafairy belum ada plan nak kahwin

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

“Saya tak pernah keluarkan kenyataan akan berkahwin dengan teman lelaki dalam masa terdekat.”

Demikian tegas pelakon Kilafairy mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengandaikan dirinya bakal mengakhiri zaman solo tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, menurut Kilafairy atau Syakila Nisa Jahangir,29, hubungannya dengan kekasih hati iaitu Sa’aid Umar Aiman masih terjalin seperti biasa.

Kilafairy sebelum ini pernah berkongsi mengenai hubungannya dengan Sa’aid yang dikenali sejak berusia 13 tahun.

Malah, dia juga mengaku cincin yang tersarung di jari manisnya itu merupakan pemberian istimewa daripada teman lelakinya.

Namun, Kilafairy menegaskan pemberian cincin itu tidak membawa maksud dirinya sudah ‘diikat’ sebaliknya ia sekadar hadiah tanda kasih.

Sementara itu, seiring dengan perubahan penampilannya yang kini sudah berhijab, Kilafairy akui kini bersikap selektif sebelum menerima tawaran lakonan.

Kilafairy ditemui pada sidang media pelancaran drama Tumpang Lalu Bang yang diadakan secara virtual hari ini.

“Saya mula bersikap lebih memilih menerima tawaran untuk berlakon setelah mula bertudung. Kalau boleh watak yang diterima itu biarlah bersesuaian dengan imej saya dan tidak melanggar batas.

“Malah, apabila menerima tawaran untuk berlakon karya ini, awalnya saya tidak tahu mempunyai lima orang abang.

“Mula terlintas di fikiran, bagaimana hendak berlakon kerana dah tentu perlu bersentuhan sebab berlakon jadi adik-beradik.

“Namun, saya bersyukur sebab produksi dan pengarah menghormati batas saya sebagai wanita bertudung dan mengubah babak mengikut kesesuaian penampilan saya,” kongsinya kepada URTV.

Drama bersiri 28 episod arahan Eon Suhaimi itu akan mula ditayangkan pada 2 Februari ini di slot Diandra TV9, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam.

Selain Kilafairy, drama terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd., itu turut membariskan pelakon antaranya Tomok, Ziana Zain, Raja Afiq, Aidil Aziz, Black, Qi Razali dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This