Kes ini akhirnya terbongkar apabila si pelakunya tidak tahan diganggu roh mangsa

Dari Penulis

KISAH-kisah mereka yang melakukan jenayah membunuh kemudian mengaku kesalahan mereka kerana diganggu ‘hantu’ memang sering didengar sejak zaman dahulu lagi.

Ada banyak kisah tentang pembunuhan yang akhirnya terbongkar kerana si pelakunya tidak tahan dengan gangguan dari roh mangsa yang dibunuhnya.

Sama ada mereka dikejar memori lalu, atau benar-benar diganggu oleh roh mangsa, tiada sesiapa tahu. Cuma, kisah ini boleh jadi sebagai peringatan bahawa roh mangsa yang dibunuh nampaknya tidak mudah akan melepaskan pembunuh mereka.

Ini antara beberapa kisahnya…

1.Pada Mac 1982, seorang gadis remaja bernama Carrie Ann Jopek, 13, tidak hadir ke sekolah untuk pergi ke parti jirannya. Di situ, dia bertemu dengan remaja lelaki bernama Jose E. Ferreira Jr, berusia 17 tahun.

Carrie mengajak Ferreira turun ke ruang bawah tanah. Apabila dia mengajak naik semula, tubuhnya ditolak jatuh dari tangga oleh remaja lelaki itu, menyebabkan Carrie mati di situ juga kerana lehernya patah. Bagi menyembunyikan perbuatannya, Ferreira menyeret mayat gadis itu dan di tanam pada kedalaman dua kaki di kediaman jiran mereka.

Hanya setelah 17 bulan berlalu, barulah mayat Carrie ditemui apabila jiran tersebut mahu membesarkan halaman bawah tanahnya. Ketika itu, Ferreira dilihat berlutut seakan bersedih dengan penemuan mayat Carrie.

Selepas lebih 30 tahun kemudian, barulah terbongkar rahsia yang disimpan begitu lama. Ferreira membuat pengakuan kepada isterinya dan sebuah stesen televisyen bahawa dia yang menyebabkan Carrie terbunuh.

Mengapa Ferreira membuat pengakuan itu setelah sekian lama? Kerana dia tidak lagi tahan terus diganggu oleh roh Carrie yang tidak tenang selagi kebenaran kematiannya tidak terbongkar. Pengakuan itu akhirnya membawa kepada penangkapan Ferreira yang ketika itu sudah berusia 51 tahun.

2.Pada 25 Julai 2002 di Limpopo, Amerika Selatan, John Nkuna,19, dan dua orang rakannya menculik seorang lelaki berusia 28 tahun, Bob Ruel Baloyi. Mereka mengikat Baloyi dan membelasahnya sebelum mencurah 15 liter gasolin dan membakar lelaki itu hidup-hidup.

Tubuh Baloyi yang hangus telah ditemui oleh seorang penggembala lembu. Manakala Nkuna telah lari ke bandar lain kerana tidak mahu tertangkap, namun roh Baloyi mula menghantuinya.

Setiap malam, Nkuna akan mendengar suara roh Baloyi begitu dekat dengan telinganya. Roh Baloyi akan berkata, “Beritahu keluargaku bahawa engkau yang membunuhku, dan kau akan tidur tenang semula. Jika tidak, kau akan mengikutku bersama-sama.”

Kerana tidak tahan dan takut dengan ancaman roh itu, akhirnya Nkuna kembali dan membuat pengakuan kepada keluarga Baloyi. Nkuna ditangkap dan dikenakan hukuman 15 tahun penjara.

3.Kes ini pula berlaku di India. Bhim Shankar Giri, 25, berang dengan adik lelakinya yang hanya tinggal bersebelahan rumahnya. Adiknya, Jeetendra Anantlal Giri,22, dikatakan sering mengganggu isterinya.

Walau berkali-kali dia menegur, namun Jeetendra tetap mengulangi perbuatannya. Akhirnya, Bhim naik angin. Pada 27 Oktober 2015, Bhim mengajak adiknya ke sebuah parti di Vikhroli. Apabila Jeetendra mabuk, Bhim mengelar leher adiknya sehingga mati. Dia menyembunyikan mayat adiknya di Shirdi, yang terletak kira-kira empat jam dari Vikhroli.

Dua hari kemudian, ahli keluarga melaporkan kehilangan Jeetendra. Selama seminggu, Bhim menyembunyikan pembunuhan adiknya. Tetapi, akhirnya dia menyerah kalah apabila roh adiknya berkali-kali datang dalam tidurnya. Roh Jeetendra selalu hadir mencekik dan mengugut mahu membunuhnya.

Bhim akhirnya membuat pengakuan pembunuhan yang telah dilakukannya. Penahanan Bhim membawa kepada penemuan mayat adiknya.

4.Kes Terry Childs mengambil masa lebih dua dekad untuk diselesaikan. Dia sedang menjalani dua hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan dua pembunuhan ketika membuat pengakuan baru bahawa dia telah membunuh Linda Ann Jozovich pada November 1979.

Ketika memberi keterangan, Terry mengatakan dia keluar dari rumah dalam keadaan marah setelah bertengkar dengan ibunya dan menemui Jozovich di tempat parkir kereta di Santa Clara, California.

Terry kemudian menculik Jozovich, membelasah gadis berusia 19 tahun itu di dalam kereta dan membawanya ke pergunungan Santa Cruz. Di sana, penderitaan Jozovich diakhiri dengan cekikan dan mayat gadis itu ditanam di kaki pergunungan tersebut.

Mayat Jozovich hanya ditemui oleh pendaki sekitar tahun 1995. Namun pembunuhnya masih tidak dapat dikesan ketika itu sehinggalah Terry Childs yang sudah berusia 52 tahun membuat pengakuan pada tahun 2007 kerana tidak tahan diganggu roh Jozovich di sel penjaranya.

5.Lain pula kes yang terjadi di Ghana. Victor Amewugah, lelaki berusia 27 tahun asalnya menempah sebuah teksi untuk satu perjalanan pada 7 Mac 2013. Di tengah-tengah perjalanan, Amewugah menembak mati pemandu teksi tersebut. Dia kemudiannya melarikan diri dengan teksi yang sama.

Tidak lama kemudian, bandar Sunyani di Ghana menjadi kecoh dengan penemuan mayat Isaac Owusu, iaitu pemandu teksi tersebut. Namun, Amewugah tidak kisah, sebaliknya dia mengulang jenayah yang sama terhadap seorang lagi pemandu teksi.

Kali ini, ketenangan Amewugah terganggu. Bukan oleh polis yang sedang memburunya, sebaliknya dia diganggu oleh roh pemandu teksi kedua yang dibunuhnya.

Tidur Amewugah tidak lena dan dia kerap ditampar ketika tidur. Keadaan ini berterusan sehingga Amewugah tidak tahan dengan gangguan tersebut dan menceritakan apa yang berlaku kepada seorang rakannya yang kemudian melaporkan kepada pihak polis. Ia membawa kepada penangkapan Amewugah.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This