Kedengaran aneh, tetapi daripada sudut positif, si pembunuh akhirnya mengakui perbuatan mereka. Kisah-kisah ini hanya sedikit daripada pelbagai catatan pembunuhan yang akhirnya terbongkar kerana si pelakunya tidak tahan dengan gangguan daripada roh orang yang dibunuhnya.

1.Mark Bridger

Marks Bridger dan April, kanak-kanak yang dibunuhnya.

Pada petang 1 Oktober 2012, April Jones yang berusia 5 tahun sedang bermain di kawasan perumahannya di Wales, United Kingdom. Seorang lelaki bernama Mark Bridger datang dan mempelawa kanak-kanak perempuan itu untuk menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandunya. Itu kali terakhir kelibat April kelihatan masih bernyawa.

Kehilangan April membawa kepada penahanan Bridger. Lelaki lelaki berusia 46 tahun itu dituduh memperkosa dan membunuh April. Rekod jenayah mendapati Bridger sudah disabitkan dengan pelbagai kesalahan sejak berusia 19 tahun dan juga seorang pedofilia. Hasil siasatan mendapati darah dan tulang yang ditemui di rumah lelaki itu sepadan dengan April. Polis percaya April telah diperkosa sebelum anggota badannya dipotong dan ditanam secara berasingan di hutan belakang rumah Bridger.

Bridger disabitkan kesalahan dan menerima hukuman penjara seumur hidup. Bridger mendakwa hidupnya di dalam penjara tidak pernah tenang kerana kerap diganggu oleh roh April, budak kecil yang ditamatkan riwayatnya dengan kejam.

2.Jose E. Ferreira

Jose Ferreira (kiri) dan gadis yang ditolaknya sehingga mati, Carrie.

Pada Mac 1982, seorang gadis remaja bernama Carrie Ann Jopek, 13, pergi ke parti jirannya. Di situ, dia bertemu dengan remaja lelaki bernama Jose E. Ferreira Jr, berusia 17 tahun.

Carrie mengajak Jose turun ke ruang bawah tanah. Apabila hendak naik semula, Jose menolak Carrie sehingga jatuh dari tangga. Gadis itu mati di situ juga kerana lehernya patah. Bagi menyembunyikan perbuatannya, Jose menyeret mayat gadis itu dan di tanam pada kedalaman dua kaki di kediaman jiran mereka.

Hanya setelah 17 bulan berlalu, barulah mayat Carrie ditemui apabila jiran tersebut mahu membesarkan halaman bawah tanahnya. Ketika itu, Jose dilihat berlutut seakan bersedih dengan penemuan mayat Carrie. Hanya selepas lebih 30 tahun kemudian, barulah terbongkar rahsia yang disimpan begitu lama.

Jose membuat pengakuan kepada isterinya dan sebuah stesen televisyen bahawa dia yang menyebabkan Carrie terbunuh. Jose membuat pengakuan itu setelah dia tidak lagi tahan terus diganggu oleh roh Carrie yang tidak tenang selagi kebenaran kematiannya tidak terbongkar. Pengakuan itu akhirnya membawa kepada penangkapan Jose yang ketika itu sudah berusia 51 tahun.

3.John Nkuna

Pada 25 Julai 2002 di Limpopo, Amerika Selatan, John Nkuna,19, dan dua orang rakannya menculik lelaki berusia 28 tahun, Bob Ruel Baloyi. Mereka mengikat Baloyi dan membelasahnya sebelum mencurah 15 liter gasolin dan membakar lelaki itu hidup-hidup. Tubuh Baloyi yang hangus telah ditemui oleh seorang penggembala lembu. Nkuna pula telah lari ke bandar lain kerana tidak mahu tertangkap, namun roh Baloyi mula menghantuinya.

Setiap malam, Nkuna akan mendengar suara roh Baloyi begitu dekat dengan telinganya. Roh Baloyi akan berkata, “Beritahu keluargaku bahawa engkau yang membunuhku, dan kau akan tidur tenang semula. Jika tidak, kau akan mengikutku bersama-sama.”

Kerana tidak tahan dan takut dengan ancaman roh itu, akhirnya Nkuna kembali dan membuat pengakuan kepada keluarga Baloyi. Nkuna ditangkap dan dikenakan hukuman 15 tahun penjara.

4.Bhim Shankar

Ini kes yang berlaku di India. Bhim Shankar Giri, 25, berang dengan adik lelakinya yang hanya tinggal bersebelahan rumahnya. Adiknya Jeetendra Anantlal Giri,22, sering mengganggu isterinya. Walau berkali-kali ditegur, Jeetendra tetap mengulangi perbuatannya.

Pada 27 Oktober 2015, Bhim mengajak adiknya ke sebuah parti di Vikhroli. Apabila Jeetendra mabuk, Bhim mengelar leher adiknya sehingga mati. Dia menyembunyikan mayat adiknya di Shirdi, yang terletak kira-kira empat jam dari Vikhroli.

Dua hari kemudian, ahli keluarga melaporkan kehilangan Jeetendra. Selama seminggu, Bhim menyembunyikan pembunuhan adiknya. Tetapi, akhirnya dia menyerah kalah apabila roh adiknya berkali-kali datang dalam tidurnya. Roh Jeetendra selalu hadir mencekik dan mengugut mahu membunuhnya. Bhim akhirnya membuat pengakuan pembunuhan yang telah dilakukannya. Penahanan Bhim membawa kepada penemuan mayat adiknya.

5.Adrian Daou

DI Ottawa, Kanada, Jeniffer Stewart mati dibunuh dengan kapak pada 19 Ogos 2010. Kes itu tergantung selama tiga tahun tanpa diketahui siapa pembunuh wanita berusia 36 tahun itu.

Kemudian, muncul pemuda berusia 24 tahun bernama Adrian Daou yang akhirnya membuat pengakuan bahawa dia yang telah membunuh Jennifer. Menurut Adrian, dia menetak wanita itu kerana mendengar radio mengatakan bahawa selepas membunuh, seseorang itu akan menjadi pemuzik rapper yang lebih baik.

Namun, selepas pembunuhan dilakukannya, Adrian sering terlihat hantu Jennifer yang asyik mengganggunya setiap hari. Kerana tidak tahan dengan gangguan itu, Adrian tampil membuat pengakuan kepada pihak polis.