TINDAKAN seorang lelaki yang merupakan datuk kepada dua orang kanak-kanak yang dibiarkan bersendirian pada ruang kargo sebuah kenderaan pacuan empat roda membawa padah apabila dia ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima rakaman video tular itu pada 2.26 petang yang dilaporkan berlaku di lampu isyarat Simpang Tiga Jalan Jitra di Kubang Pasu.
Katanya, rakaman yang berdurasi 26 saat itu memaparkan sebuah Toyota Hilux membawa dua penumpang kanak-kanak pada bahagian kargo tanpa bertutup serta tanpa pengawasan orang dewasa.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku berhampiran Balai Polis Jitra Lama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Lelaki maut ditembak lebih 10 das dekat Bukit Mertajam
@utusantvofficial Kalau jatuh tergolek nak kira lagu mana?/Inforoadblock #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ original sound – UtusanTV
Ujarnya, bertindak atas maklumat sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Kubang Pasu berjaya mengesan suspek di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus, Jitra.
“Hasil siasatan suspek yang juga datuk kepada kedua-dua kanak-kanak itu mengaku memandu kenderaan itu sambil membiarkan dua cucu perempuan duduk di belakang hanya sekadar suka-suka.
“Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan yang merbahayakan nyawa atau keselamatan orang lain,” tambahnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

