Polis buka kertas siasatan dua pelajar bergaduh di padang bola

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS membuka kertas siasatan berhubung insiden dua orang pelajar sekolah menengah bergaduh di padang bola sebuah masjid di Seksyen 19, Shah Alam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah memaklumkan, kejadian yang turut tular dalam aplikasi WhatsApp itu didapati berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima laporan mengenai insiden berkenaan daripada bapa kepada salah seorang pelajar tersebut.

Sarudin memberitahu, siasatan awal mendapati dua pelajar lelaki yang masing-masing berusia 13 dan 14 tahun itu saling mengenali dan belajar di sekolah yang sama.

“Pergelutan berlaku antara kedua-dua pelajar tersebut dan dipercayai beberapa pelajar lain turut menyaksikan pergaduhan berkenaan.

“Salah seorang daripada pelajar itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam dan disahkan mengalami kecederaan tisu lembut atau soft tissue injury,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sarudin memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk mendapatkan perintah menjalankan siasatan serta memanggil semua saksi yang terlibat.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

“Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This