BELUM reda dunia bersedih dengan berita kematian Rayan, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dalam perigi buta di Chefchaouen, Maghiribi, kini #SaveFawaz pula mendapat perhatian media-media negara Arab.
#SaveFawaz merupakan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang berlaku di di bandar Daraa, di selatan Syria pada November lalu ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Berita mengenai Mohamed Fawaz Qetifan mula trending di beberapa negara Arab ketika misi menyelamatkan Rayan dilakukan.
Video Fawaz ditahan penculik tiba-tiba tular kembali walaupun ia tersebar sejak tiga bulan lalu sejurus selepas kanak-kanak itu diculik.
Baca artikel berkaitan: Dunia berkabung, Rayan disahkan meninggal dunia
Dalam video itu kedengaran Fawaz berkata “Demi Tuhan, jangan pukul saya” yang kemudiannya digunakan secara meluas di atas talian sebagai tanda solidariti kepada kanak-kanak itu.

Memetik laporan Morocco World News, penculik telah menghantar beberapa video kepada keluarga mangsa, merayu supaya membayar wang tebusan yang berjumlah lebih RM800,000 (AS$200,000).
Perkembangan terkini mengatakan pihak keluarga diberi masa sehingga Rabu depan untuk membayar wang tebusan yang memetik satu kenyataan daripada bapa saudara Fawaz menerusi media tempatan.
Tambah bapa saudaranya, penculik telah mengugut untuk memotong jari kanak-kanak berusia enam tahun itu sekiranya keluarganya tidak membayar wang tebusan tersebut menjelang tarikh dikehendaki.
Sementara itu, aktivis kemanusiaan kini menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mengerakkan misi menyelamat kanak-kanak itu yang diculik sejak November.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

