Kisah sedih Julen Rosello, kanak-kanak berusia 2 tahun yang senasib dengan Rayan setelah terjatuh ke dalam perigi sempit

Dari Penulis

BARU-baru ini satu dunia bersedih dengan kematian Rayan, budak lelaki berusia lima tahun dari Maghribi yang terperangkap di dalam sebuah perigi kering selama lima hari.

Sebenarnya, ada banyak juga kisah kanak-kanak yang terjatuh ke dalam lubang dalam. Ada antaranya yang dapat diselamatkan, tetapi ada juga yang menemui ajal.

Kisah Rayan yang menyayat hati dan mendapat perhatian dunia baru-baru ini.

Selain kisah menyayat hati Rayan, tiga tahun lalu tragedi yang sama pernah menimpa Julen Rosello, kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang terjatuh ke dalam sebuah perigi sempit.

Julen terjatuh ke dalam sebuah perigi sempit dengan kedalaman melebihi 100 meter pada 13 Januari 2019, ketika bersiar dengan keluarganya di kediaman persendirian di Totalan, Malaga, selatan Sepanyol.

Ibu bapa Julen, Jose dan Vicky hanya menyedari Julen terjatuh setelah mendengar suara tangisan anak mereka itu.

Julen Rosello, kanak-kanak berusia dua tahun yang jatuh ke dalam perigi sempit di Sepanyol pada tahun 2019.

Usaha untuk menyelamatkan Julen terlalu sukar kerana bukaan lubang perigi itu hanya 10 inci, tidak mampu dimasuki oleh mana-mana orang dewasa untuk menyelamatkan anak kecil itu.

Sekumpulan pelombong dan jurutera Sepanyol yang diserta pekerja firma Sweeden yang pernah membantu mengesan sekumpulan pelombong Chile yang terperangkap di bawah tanah selama 69 hari telah ditugaskan untuk melakukan operasi menyelamatkan Julen.

Lebih 100 anggota penyelamat berusaha mengesa Julen. Penggerudian dilakukan bagi membina sebuah terowong laluan. Namun, operasi menjadi sukar apabila berlaku tanah runtuh di beberapa bahagian sewaktu operasi menyelamat dijalankan.

Sebuah lubang lain digali lebih besar pada kedalaman yang sama yang mampu memuatkan tubuh orang dewasa. Kemudian, anggota penyelamat turun ke dalam lubang itu dan mengorek terowong menuju ke arah lokasi Julen terperangkap. Malah, mereka terpaksa mengorek menggunakan tangan bagi mengelakkan risiko tanah runtuh.

Lubang di mana Julen jatuh yang terlalu sempit untuk dimasuki penyelamat.
Usaha menyelamatkan Julen.
Operasi menyelamatkan Julen.

Pasukan penyelamat juga terpaksa menggunakan bahan peledak bagi memecahkan dinding batu setebal empat meter. Namun, ketika operasi giat dijalankan, peluang untuk menemui Julen dalam keadaan masih hidup sudah terlalu tipis.

Setelah 13 hari terperangkap di dalam perigi itu, akhirnya pasukan penyelamat berjaya menemui mayat Julen pada 26 Januari. Menurut laporan forensik, mayat Julen mengalami kecederaan pada bahagian kepala yang disebabkan terjatuh ke dalam lubang itu.

Sudah tentu penemuan anak mereka yang sudah kaku tidak bernyawa meruntun hati Jose dan Vicky. Tambahan pula, itu  bukan kali pertama mereka kehilangan anak tersayang.

Julen adalah anak kedua mereka. Anak pertama mereka bernama Oliver meninggal dunia pada Mei 2017 ketika berusia tiga tahun akibat serangan jantung, yang juga berlaku semasa mereka sedang bercuti. Hanya dalam tempoh dua tahun, pasangan ini kehilangan dua anak mereka.

Dalam masa dua tahun, pasangan ini kehilangan dua orang anak.
Julen akhirnya pergi ‘menemui’ abangnya, Oliver.
Julen Rosello yang nasibnya juga sama seperti Rayan.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This