Kenapa warga emas Jepun lebih suka duduk dalam penjara? Berkait budaya ‘culture of shame’

Dari Penulis

Fakta cukup mengejutkan apabila warga emas di Jepun lebih selesa duduk di dalam penjara berbanding menikmati kebebasan di dunia luar.

Menurut perkongsian Zunita Ramli, rata-rata warga emas akan sengaja melakukan kesalahan kecil semata-mata untuk ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara, semuanya atas sebab keperluan tempat tinggal dan makanan.

“Kalau saya mencuri dan tak kena tangkap, saya dapat makanan atau duit free. Tapi kalau saya kena tangkap masuk penjara, saya dapat tempat tinggal dan makan free 3 kali sehari. Mana-mana pun, adalah bagus untuk saya”

Mungkin mengejutkan, ramai orang tua di Jepun (umur lebih 65 tahun) suka jadi penjenayah. Penjenayah ni bukan la jenayah berat tapi jenayah ringan macam curi basikal, ugut orang dengan pisau, mencuri dan sebagainya.

Menariknya, statistik juga menunjukkan jenayah yang dilakukan oleh orang tua meningkat 2 kali ganda sejak tahun 1995 dan trend ni semakin meningkat ye. Tapi ye lah, ikutkan logik juga sebab semakin ramai orang tua, semakin meningkat la statistik kan.

Tapi kenapa jadi macam tu?

Foto : BBC
Statistik jenayah oleh orang tua semakin meningkat. Foto : BBC

Pertama sekali, sebab kebanyakan orang tua ni, tak cukup duit untuk teruskan kehidupan macam biasa. Bila hidup lama dan dah terlalu tua, tak ada kerja yang mampu dibuat dan duit pencen mungkin tak cukup nak tampung kos kehidupan seharian.

Jadi solusi paling mudah, adalah buat jenayah kecil dan masuk penjara. Bila masuk penjara, “keistimewaannya” tak payah bayar sewa, tak payah bayar bil air, bil eletrik dan yang penting, makan pun dapat free 3 kali sehari pulak tu.

Sebab lain, tak nak susahkan anak-anak mereka. Ini sedih sikit lah. Benda ni sebenarnya berkait rapat dengan budaya “culture of shame” orang Jepun. Diorang tak nak susah kan orang lain, walau apa pun jadi, walaupun anak sendiri. Kalau tak, mereka rasa sangat tak berguna dan “loser”.

Menjelang 2060, dianggarkan 40% populasi Jepun adalah orang tua. Jadi dijangkakan jenayah kecil melibatkan orang tua makin meningkat. Foto : Bloomberg via Getty Images

Sebab tu orang-orang tua ni sanggup buat jenayah kecil supaya diorang dapat masuk penjara. Jadi tak payah susahkan anak untuk jaga atau bagi duit kat mereka. Benda macam ni susah nak ubah sebenarnya sebab dah sebati dengan budaya diorang jugak.

Lagi satu, kebanyakan orang tua ni hidup sendirian.. Kesunyian lah senang cakap. Diorang ni dah tak ada “tempat” dalam masyarakat. Nak masuk rumah orang-orang tua, tak ada duit nak bayar. Jadi solusi paling mudah, masuk penjara lah. Sekurang-kurangnya ada kawan-kawan nak bercakap, berborak.

Jadi jangan terkejutlah kalau kerajaan Jepun terpaksa berbelanja banyak untuk tambah baik fasiliti dalam penjara khas untuk orang tua, macam tandas orang tua, pemegang “handrail” dan beberapa fasiliti lain. Sebagai rekod, dekat penjara Fuchu iaitu di luar Tokyo, satu per tiga banduan adalah orang tua.

Foto : BBC

Mengejutkan kan?

Tapi itulah.

Moga kita ni, kalau masih ada ibu bapa ambil peluang untuk jaga kebajikan mereka sebaik-baiknya.

Hidup ni tak lama, esok lusa mungkin mereka dah tiada. Tapi kalau kita yang “pergi” dulu, sekurang-kurangnya, kita dah berusaha sebaiknya membahagiakan mereka..

InshaAllah ?

.

#CatatanZunitaDiJepun

Sumber : Zunita Ramli


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

The Mangrove at Carey Circles, destinasi percutian serba lengkap di Pulau Carey

PULAU Carey merupakan sebuah pulau kecil di Kuala Langat, Selangor yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sedar...

More Articles Like This