Buli Siber: Kutukan yang bersembunyi di belakang kritikan

Dari Penulis

PADA Selasa lalu (8  Februari) merupakan Safer Internet Day satu hari yang menguar-uarkan cara-cara untuk memastikan penggunaan internet lebih selamat untuk kita. Jadi orang yang berbeza umur, pekerjaan dan latar belakang boleh kongsikan pengalaman dorang untuk memperbaiki persekitaran online yang terkini.

Maksud ‘lebih selamat’ tu subjektif – sama ada dari segi pengumpulan data dan keperibadian atau melindungi pengguna semua daripada pembulian siber atau apa-apa yang boleh menyakiti kita.

Sesiapa sahaja yang bernafas di bawah matahari mesti sedia maklum dengan apa yang dah jadi kepada internet kesayangan kita ini. Dulu, kita pakai nak main game kat Yahoo Games, main dress up atau pakai Facebook untuk.. main game. Itulah kehidupan kita dulu.

Sekarang, ia dah jadi satu dimensi yang  mendedahkan kita semua daripada segala perkataan dan tuduhan buruk.

Kita sebagai orang dewasa, kita pakai internet atas sebab-sebab dewasa – nak cari kerja, buat kerja, pakai sosial media nak kongsikan hidup kita atau nak jumpa orang yang baharu. Tapi, makin  lama kita sedar, pakai internet ni macam bukak tingkap masa tengah hujan. Lagi besar kita bukak, makin banyak air masuk.

Sebelum ini, Sis ada tulis tentang sosial media sebagai arkib kedengkian manusia tapi sempena minggu Safer Internet day ini, Sis nak sentuh macam mana orang salah gunakan internet untuk mendera orang secara virtual atau lebih dikenali sebagai online abuse.

Rakyat Malaysia bukannya tidak biasa dengan pembulian siber dan kena kutuk kat media sosial. Kita duduk kat tangga nombor 2 dalam negara yang paling banyak kes pembulian siber.  Apa masalah negara kita, Sis tak tahu lah tapi Sis tak nak cakap pasal Malaysia je sebab satu dunia ada isu yang sama.

Hari tu, Mia Sara kena kutuk kat Twitter sebab  orang salah faham Tweet dia. Budak 16 tahun kena kecam sebab orang salah faham ayat dia. Bayangkan sebab ORANG LAIN yang tak faham, dia yang kena. Patutlah Malaysia nombor 2.

Pada awal minggu ini, Anthony Elanga kena racial abuse sebab dia terlepas penalti. Budaknya baru 19 tahun tapi dah kena dera kat media sosial macam dia buat kesalahan besar je. Pogba pun kena delete gambar dia kat Mekah sebab orang kutuk agama dia sebab pekerjaan dia.

Dalam internet ini, sesiapa je boleh jadi mangsa kebodohan manusia.

Tetapi yang paling Sis tak faham yang orang kata dorang tak ‘kutuk’ tetapi dorang ‘kritik.’

Kalau korang ada common sense, korang akan faham yang kritikan itu memang fungsi dia untuk orang memperbaiki sesuatu untuk buat sesuatu dengan lebih baik pada masa akan datang.

Sis tak faham macam mana bandingkan orang dengan keldai boleh buat seseorang nyanyi dengan lebih baik?

Panggil orang ‘monyet’ boleh buat dia jadi pemain bola yang setaraf Mo Salah ke?

Ini bukan contoh tau, Sis memang pernah dengar dan nampak orang kata semua benda ini kat orang lain tak kisah lah terkenal ke tak orangnya.

Mungkin setengah orang berpandangan ‘Oh boleh dorang gunakan sebagai motivasi’. Jadi kutuk keperibadian seseorang ini je ke cara untuk tolong orang menambah baik diri dia?

Mestilah tak.

“Kena tegas ketika mendidik.”

Ada beza tegas dengan biadab, bang.

Orang zaman sekarang menyorok belakang alasan ‘teguran’ dan ‘kritikan’ untuk bersikap kurang ajar dengan orang lain.

Kenapa kena ungkit agama dia kalau dia buat salah yang takda kena mengena dengan amalan dia?

Apa kaitan warna kulit dia dengan prestasi dia atas padang?

Kenapa kena ungkit berat badan dia bila cakap pasal cara pamakaian dia?

Bila korang baca contoh-contoh yang Sis bagi ini, korang sendiri boleh nampak yang ini semua memang dah  masuk kategori pembulian siber dah. Bukannya kritik. Kalau korang  perasan, kebanyakan orang yang kena layan macam ni, semuanya mesti sebahagian daripada satu agama, kaum atau rupa dia tak diiktiraf sebagai ‘standard’ kecantikan masyarakat.

Jadi makin nampak lah ia mengutuk bukannya mengkritik.

Memang hakikatnya dunia ini memang takkan berhenti untuk kita semua. Dunia ni akan tetap ada pelosok-pelosok gelap dalam internet ini sebab kita memang tak boleh mengubah semua orang. Tapi kita semua kena reti bezakan kritikan dan kutukan.

Kalau nampak orang-orang yang biadab ni, tolong report dan block orang-orang tu semua. Sekurang-kurangnya kita boleh bantu walaupun sedikit.

Itu sahaja dari Sis pada minggu ini. Sis nak pergi e-mel Mark Zuckerberg dengan Jack Dorsey nak tanya apa yang dorang akan perbaiki nak lindungi pengguna dorang. Kalau ada apa-apa komen atau cadangan boleh masukkan di bawah atau e-mel Sis di [email protected].

Salam Sabtu semua dan jaga diri.

  • Penulis ialah graduan Kewartawanan UiTM

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita maut kemalangan Myvi, Axia di Sungkai

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di...

More Articles Like This