[VIDEO] Pertubuhan Baihu Malaysia hargai jasa ahli

Dari Penulis

MAJLIS Tautan Kasih Penyampaian Sandang dan Watikah Legasi Aras Sejagat yang diadakan di Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur, Sabtu, dijalankan bagi menghargai jasa dan pengorbanan ahli Pertubuhan Baihu Malaysia.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Baihu bahagian negeri Selangor dan Kuala Lumpur, Muhamad Azri Md Saad, 46, memaklumkan bahawa tujuan utama majlis diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli setelah sekian lama tidak berjumpa.

“Tujuan majlis pada malam ini adalah untuk bertanyakan khabar. Jadi kami mencari peluang untuk berjumpa dengan cara mengadakan satu makan malam istimewa. 

“Ini adalah masa yang tepat untuk memberitahu kepada mereka betapa kasihnya seorang sahabat dan berharap ia berkekalan,” kongsinya kepada UtusanTV.

Tambah Muhamad Azri, penganugerah penyampaian sandang dan watikah yang diberi adalah buat ahli yang banyak berjasa kepada masyarakat dalam menghulurkan bantuan.

“Ini adalah penganugerahan untuk mereka yang tidak mengharapkan sebarang balasan. Mereka umpama ‘hero’ yang tidak didendangkan dan kami dendangkannya melalui majlis ini.

“Kami turut membantu mangsa banjir dengan cara membersihkan kawasan perumahan yang terjejas, menolong mangsa yang terperangkap menggunakan sampan dan menghulurkan bantuan dari segi barangan keperluan,” kongsinya lagi.

Muhamad Azri Md Saad, Presiden Pertubuhan Baihu bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur

Muhamad Azri berkata, mereka yang tidak dapat hadir tetap akan diberikan anugerah.

“Sebenarnya lebih ramai yang layak menerima anugerah ini. Malangnya, kami tidak dapat membuat majlis dengan sebegitu besar. Walaupun tidak semua peserta dapat menghadiri majlis malam ini atas faktor perjalanan yang jauh, Insya-Allah kami akan hantarkan kepada mereka anugerah sandang tersebut.

“Namun begitu, majlis tetap dijalankan dan kami memilih mereka yang menerima anugerah tersebut dikalangan orang yang telah banyak bertungkus-lumus dan usianya sudah meningkat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhamad Azri juga turut sempat berkongsikan makna tersirat disebalik kepelbagaian warna dan corak sandang yang dipakai oleh ahli Pertubuhan Baihu Malaysia itu.

Muhamad Azri Md Saad, tiga dari kiri sedang beramah mesra dengan tetamu.

“Warna yang ada pada sandang melambangkan sebagai satu bentuk pengenalan dan tahap berapa lama mereka bersama-sama dalam pertubuhan ini. Setiap warna membawa maksud yang tersendiri seperti warna kuning melambangkan institusi diraja manakala warna merah melambangkan keberanian.

“Ada sandang jenis biasa dan ada yang dihiasi dengan renda. Perbezaan ini bagi membezakan antara seorang pemimpin dan ahli. Antara warna yang ada ialah hitam, kuning, merah, hijau, putih, dan kelabu,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Grand Campbell Hotel, Razali Yahaya,49, turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Pertubuhan Baihu Malaysia di atas kesudian mengadakan majlis yang cukup gemilang di Dewan Bunga Raya, Grand Campbell Hotel.

Majlis itu dihadiri oleh 300 tetamu yang menyaksikan 100 ahli Pertubuhan Baihu Malaysia yang menerima anugerah sandang.

Razali Yahaya, 49, Pengurus Grand Campbell Hotel

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This