“Mencari yang halal itu wajib…,” Netizen bersyukur Zizan Razak tinggalkan dunia Forex

Dari Penulis

PELAKON dan pelawak terkenal, Zizan Razak membuat pengumuman untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang pelaburan mata wang asing (Forex).

Namun begitu, Zizan atau Mohd. Razizan Abdul Razak,38, tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai keputusannya itu dan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Assalamualaikum semua. Hari ini saya telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.

“Doakan yang baik baik untuk saya dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. Insya-Allah,” tulisnya.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut memuji tindakan Zizan dan menasihati pelakon Polis Evo itu untuk mencari sumber rezeki yang halal serta tiada unsur syak wasangka.

“Alhamdulillah Zizan. Haram tetap haram walaupun ramai org buat,” kata @wansyahmi.__.

“Bagus Zizan. Utamakan yang halal haram dalam hidup. Insya-Allah bertambah berkat hidup,” komen @buncit_e.

“Mencari yg halal itu wajib” ujar @umirawatiomar.

Buat info, Forex atau pelaburan tukaran mata wang asing telah difatwakan haram oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kerana melibatkan harta ribawi iaitu mata wang yang mengandungi unsur-unsur riba.

Namun begitu, masih ada lagi sebilangan orang Islam terjebak dengan dunia Forex dan dijadikan sebagai sumber pendapatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This