Dusun buah UPSI semarak sambutan 100 tahun

Dari Penulis

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menyemai 100 buah pokok buah-buahan simbolik sempena sambutan 100 tahun penubuhan institusi pendidikan tersebut.

Menurut Naib Canselor UPSI, Professor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pelaksanaan program bukan saja menyemarakkan sambutan pusat pengajian yang menjangkau seabad usia menjelang 29 November ini, malah dapat menggalakkan penghijauan kawasan persekitaran kampus.

“Usaha ini diharapkan dapat memupuk sikap prihatin dan semangat cintakan alam sekitar dalam diri setiap warga UPSI selain memberi jaminan komitmen universiti menggalakkan persekitaran lebih hijau dalam kampus.

“Sebanyak 100 buah pokok yang disemai pada ini terdiri daripada pokok buah-buahan tempatan antaranya seperti 40 pohon anak pokok mangga, 10 pohon anak pokok manggis, 25 pohon anak pokok nangka, rambutan dan rambutan,” jelasnya semasa ucapan perasmian program di Kampus Sultan Azlan Shah.

Menurut Md Amin lagi, program yang turut melibatkan kerjasama strategik daripada Jabatan Pengurusan Pembangunan Harta Benda (JPPHB) , Kolej-kolej kediaman, Bahagian Pengangkutan UPSI yang turut sama menjayakan program tersebut akan menyemai lebih 900 pohon anak pokok secara berperingkat selepas mengenalpasti kawasan bersesuaian sekitar kampus yang akan dikenali sebagai ‘UPSI Woodlands’.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This