Gaji kecil, bos baik. Gaji besar, tempat kerja toksik. Kerja bagus, jauh daripada rumah. Tidak pernah ada yang sempurna dalam kehidupan kita kan? Namun majoriti yang bergelar pekerja akan bertahan di tempat yang suasananya kondusif, menenangkan, majikan yang baik walaupun gajinya biasa-biasa.

Rata-rata pekerja mencari ketenangan jiwa, kemudahan bersama keluarga, bukan gaji bulanan semata-mata.

Perkongsian Zira Ziejoera berkait isu tekanan yang dihadapi pekerja akan majikan yang tidak memahami serta tiada empati dapat dikaitkan dengan apa yang sering berlaku hari ini.

Malah jelasnya, walau apa yang berlaku, pilihan terletak pada diri sendiri.

“Harini dapat DM sorang kawan ..

Dia tny ” haritu kau resign dah dapat kerja ke? ” Then I just reply ” Belum. Haritu memang tender without any job offer ” Dia jawab ” Aku rasa aku mcm nak depression “

😟

And our conversation continue..

Rasanya sekarang ni memang ramai sgt orang yg tanpa sedar sedang stress. Perkara yg bahaya bilamana kita stress dalam diam. End up, kita akan menangis non stop. We feels useless. Kita dibayangi dengan kata2 orang. We tend to be someone yg bukan kita.

I got 1 situation of my friend. Boleh cakap sgt2 bagus buat kerja. Orang harapan Company dari mata kami. 1 day wife dia miscarriage. They acknowledge it. Tapi kami dpt tahu Management masih arahkan dia buat kerja mcm tak ada apa berlaku. Masih diarahkan masuk back to back meeting. Even dibagi warning letter. Unpaid lagi. Reason? Tak respon to Management quiries. Ini semua jadi waktu wife dia betul2 perlukan support.

Kita kalau anak demam pun kita punya busy and risau tak boleh nak cakap kan? So cuba imagine bila wife miscarriage? Mixed feelings kan? And for wife part, dia facing bigger lost to her miscarriage. Now, terpaksa dapatkan rawatan berkala dengan doctor untuk pulih dari kehilangan. Kejap2 menangis. Termenung. Senang cakap macam royan.

End up my friend resign. Yes…without job offer pun. Masa dia resign, I’m happy for him. Dia buat keputusan yg tepat. I even said tak perlu teruskan kerja dekat tempat yg tak tahu appreciate staff.

😟

Benda ni mungkin nampak simple pada sesetengah orang. Tapi for me kalau boss boleh respect & ada empathy towards staff, staff mesti akan happy. 1 atau 2 hari cuti tak bagi kesan apa2 pun. Plus, staff bukan goyang kaki semata. Kita masih ada contribution pada Company.

Burnout and depression due to work bukan benda main2. Mental health sekarang ni jadi issue paling besar dikalangan kita semua. Mana yg kena berhenti kerja. Terminate. Even yg kerja pun masih ada masalah. Paling penting kena la toleransi. For both side. Sebab kita bukan robot. Kita masih ada perasaan.

You will never know until you are facing with that situation. And its affect a lot. From all aspect.

❤️

Self love. Kita harus berani speak up kalau kita sayang diri kita. Because you decided what is the best for yourself. And kita kena make sure, apa sahaja pilihan yg kita buat adalah yg paling terbaik utk diri kita.

Bukan untuk orang lain.”

Sumber : Zira Ziejoera