Asyraf Wajdi jadikan adik Alis sebagai anak angkat

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) menyatakan komitmen untuk membantu mengurangkan beban ditanggung oleh adik Alias, seorang yatim piatu yang tular di media sosial ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga bersedia mengambil pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu sebagai anak angkat agar dapat dibantu sehingga tamat pengajian kelak.

“Hebat kisah adik Alis. Ayahnya meninggal dunia pada tahun 2021 lagi, manakala ibunya pula meninggal dunia setahun selepas itu. Maka tinggallah Alis sebatang kara yang tiada sebarang harta peninggalan.

“Namun Alis yang tabah dan punya daya juang yang tinggi tetap meneruskan impiannya untuk masuk ke UPSI dengan belajar sambil bekerja untuk menamatkan pengajian SPM dan STPM tanpa ibu bapa di sisi.

“Hanya tinggal di rumah sewa yang perlu dibayar RM200 sebulan, Alis bekerja sebagai jurulatih silat secara sambilan dengan pendapatan kira-kira RM800 sebulan.

Baca artikel lain: Semoga kekuatan dan kecekalan bersama kalian, PM titip doa buat sukarelawan flotilla

“Namun kecekalannya untuk habiskan belajar sambil bekerja membuahkan hasil apabila diterima masuk ke UPSI,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, beliau mengetahui tentang Alis yang tinggal di belakang Jalan Atas Paloh Masjid Muhammadi, Kota Bharu menerusi Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu selain warga netizen.

“Moga kisah adik Alis ini akan menjadi perangsang kepada ribuan anak-anak di luar.

“Seorang anak yatim piatu yang tidak begitu tabah dan tidak pernah putus asa untuk berjaya walaupun terpaksa bekerja sambil belajar di peringkat sekolah menengah lagi demi mengejar cita-cita untuk menjadi guru,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This