SEBANYAK 564,220 individu atau 15.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,078,456 atau 59.8 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,945,040 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,222,810 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,132 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,886,655 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Baca artikel berkaitan: Lebih 500,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin Covid-19
Sebanyak 137,307 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 52,804 suntikan dos pertama, 1,024 suntikan dos lengkap dan 83,479 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,289,382.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 43 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor dan Selangor masing-masing melaporkan 10 kes, diikuti Kedah tujuh kes, Sabah (lima), masing-masing dua kes di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang manakala satu kes masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur.
— BERNAMAÂ
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

