Raih jualan lapan angka, OnTheGo sasar tembus pasaran global

Nurul Huda Zulkifli
Nurul Huda Zulkifli
Penulis merupakan Pengarang Wanita & Hijab di UtusanTV. Berpengalaman selama lebih 12 tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV, penulis pernah bertugas di sebuah syarikat media cetak bermula pada tahun 2007. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama berkaitan kewanitaan, korporat, personaliti, kesihatan, kecantikan, kisah masyarakat, pelancongan, fesyen dan banyak lagi. Jika ada sebarang jemputan acara, pelancaran produk atau sidang akhbar, boleh hubungi penulis menerusi email : [email protected].

Dari Penulis

BERPAKSIKAN gabungan visi jelas, strategi tepat dan keberanian berinovasi, OnTheGo F&B Industry Sdn. Bhd, berhasil melakar kejayaan luar biasa dalam landskap industri pemakanan kesihatan dan kecergasan negara.

Hasil kolaborasi dua usahawan muda, syarikat tempatan ini berjaya mencatatkan hasil jualan mencecah angka lapan digit dalam tempoh kurang setahun beroperasi sepenuhnya.

Ia sekali gus meletakkan OnTheGo sebagai antara jenama bumiputera yang semakin mencipta nama dalam landskap industri pemakanan sukan dan gaya hidup sihat yang semakin kompetitif.

Dengan asas perniagaan yang semakin kukuh, kapasiti pengeluaran yang lengkap serta sokongan komuniti yang terus berkembang, OnTheGo kini bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan memperluaskan portfolio produk dan meneroka peluang pasaran baharu pada masa hadapan.

Kejayaan yang dicapai dalam tempoh singkat ini menjadi bukti bahawa jenama tempatan berpotensi besar untuk bersaing di peringkat lebih tinggi apabila disokong oleh inovasi, ketelusan dan komitmen terhadap kualiti.

Produk berkualiti dan mampu milik

Pengasas dan Pengarah Urusan OnTheGo, Muhammad Emuff Dhiya Ishak, 35, memberitahu, jenama yang dibina pada tahun 2024 tersebut bermula dengan matlamat untuk menawarkan alternatif produk kesihatan yang lebih berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.

“OnTheGo memberi fokus kepada pengeluaran bahan perasa sifar kalori (zero calorie seasoning) serta pelbagai produk pemakanan sukan premium seperti whey protein, creatine dan suplemen kecergasan yang memenuhi keperluan pengguna moden.

“Pada tahun 2024, kami memasarkan produk perasa makanan pelbagai perisa antaranya lada hitam, kicap pedas, rendang special, perapan bakar, satay special dan tandori.

“Jualan amatlah memuaskan kerana produk ini tiada perasa dan pewarna tambahan serta garam berlebihan. Kami juga sedang mengintai peluang untuk memasarkan produk OnTheGo ke pasaran global,” katanya ketika sidang media di ibu pejabat OnTheGo di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Pertumbuhan luar biasa yang dicapai dalam masa singkat itu didorong oleh komitmen terhadap kualiti produk, kepercayaan pelanggan serta strategi perniagaan yang menekankan pembangunan jenama secara menyeluruh.

Kesemua produk OnTheGo menjalani ujian makmal pihak ketiga termasuk SGS bagi memastikan ketelusan, keselamatan dan kualiti terbaik untuk pengguna.

Produksi kilang sendiri

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif OnTheGo, Abdul Arieff Abas, 33, berkata, salah satu faktor utama yang membezakan OnTheGo daripada banyak jenama lain di pasaran ialah kejayaan syarikat memiliki dan mengendalikan kilang pengeluaran sendiri di Selangor.

“Fasiliti tersebut membolehkan keseluruhan proses pembuatan dijalankan secara domestik tanpa bergantung kepada produk siap yang diimport dari luar negara.

“Langkah strategik itu bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah memberi kawalan yang lebih ketat terhadap kualiti produk, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pematuhan standard keselamatan makanan yang ditetapkan.

“Selepas kejayaan produk perasa makanan (seasoning), kami mengorak langkah ke hadapan dengan mengeluarkan produk serbuk protein dengan pelbagai perisa antaranya chocolate indulgence, coffee hazelnut royale, salted caramel dan durian musang king.

“Produk ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna yang aktif bersukan, bukan itu sahaja ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang mencari makanan tambahan bagi memenuhi nutrisi harian,” jelasnya.

Produk serbuk protein ini tidak mengandungi gula putih dan pemanis tiruan dan hanya menggunakan pemanis stevia yang tidak berisiko.

Selain itu, mereka telah mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sedang dalam proses pengiktirafan pensijilan halal JAKIM yang dijangka diperolehi pada Ogos ini.

Sokong pelbagai acara sukan

Selain menumpukan kepada penghasilan produk berkualiti tinggi, OnTheGo turut membina pengaruh jenama melalui penglibatan aktif dalam komuniti sukan dan kecergasan tempatan.

Syarikat itu secara konsisten menyokong pelbagai acara sukan, menaja atlet bina badan serta menjalinkan hubungan rapat dengan komuniti yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada masa sama, pendekatan pemasaran digital yang agresif turut memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan jenama.

Kerjasama strategik bersama artis, pencipta kandungan dan pempengaruh terkenal tempatan berjaya meningkatkan kesedaran jenama dalam kalangan pengguna pelbagai lapisan umur.

Melalui penggunaan platform media sosial dan sesi siaran langsung yang interaktif, OnTheGo berjaya mendekati pengguna secara lebih dekat, selain berkongsi ilmu berkaitan pemakanan, kecergasan dan gaya hidup sihat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

ReGlo perkenal Skin Turnover Protocol, sistem selamat dan tidak invasif untuk pembaharuan kulit berterusan

RAWATAN yang mampu memberikan hasil yang ketara lazimnya disertai dengan iritasi, sensitiviti dan tempoh pemulihan yang lama. Manakala produk...

More Articles Like This