PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa untuk campur tangan dan beri perhatian terhadap isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan.
Gesaan itu dilakukan Kumpulan Sokongan Keluarga Kanak-Kanak tanpa Kewarganegaraan (SFSG) menerusi kenyataan hari ini.
Menurut Jawatankuasa Pemimpin Bersama SFSG, Kuan Kin Chong, terdapat beberapa masalah yang berlaku bagi individu yang memohon kewarganegaraan ketika ini.
“Antaranya adalah proses menunggu yang sangat lama. Sesetengah kes telah berlaku sejak 2014 dan masih menunggu jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Selain itu, ramai pemohon yang menerima surat penolakan tanpa sebarang alasan daripada pihak berkenaan.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ramai pemohon adalah warganegara Malaysia, bukan warga asing yang mencari kewarganegaraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kisah Rohana tular di Indonesia, undang komen positif masyarakat
Mengulas lanjut, Kin Chong berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai status kewarganegaraan juga terpaksa menanggung beban pendidikan yang tinggi walaupun di sekolah kerajaan.
Bahkan, katanya, ada juga yang berdepan dengan halangan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
“Kanak-kanak tanpa kewarganegaraan ini juga sukar untuk menikmati kemudahaan kesihatan yang disediakan kerajaan,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

